Tanggapan Pertama: Benelli RFS150i

Artikel oleh Keshy Dhillon untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz

  • RFS150i merupakan model moped/kapchai yang pertama dari Benelli.
  • Tidak seperti enjin satu silinder yang lain yang lazimnya menggunakan hanya satu palam pencucuh, RFS150i ini menggunakan tiga palam pencucuh.
  • Dengan harga RM6,988, ianya paling mampu milik di dalam kelasnya.


Benelli RFS150i telah menjadi buah mulut orang ramai sepanjang minggu ini. Dilancarkan lebih kurang seminggu lalu di Pulau Pinang oleh pengedar Benelli
terbaru di Malaysia, M Force Bike Holdings Sdn Bhd, setiap penunggang motosikal sepelosok Asia Tenggara telah heboh menceritakan tentang moped
pertama Benelli ini di semua saluran media sosial kami.

Motosikal RFS150i ini telah direka di Itali oleh pasukan rekabentuk Benelli, tetapi ia dipasang di China, dan telah ada rancangan untuk memasang motosikal ini di Malaysia suatu hari nanti. Kami menggemari rekabentuk keseluruhan motosikal ini, dan teramat suka yang ia juga didatangi dengan lampu nyalaan siang LED. Buat masa ini, tiada lagi model moped yang berada di pasaran yang menawarkan kelengkapan lampu sebegini, tahniah kepada Benelli.

RFS, singkatan kepada ‘Riders For Speed’, mempunyai satu lagi ciri unik yang terdapat pada enjinnya. ia menggunakan tiga palam pencucuh dan bukannya
satu palam pencucuh yang tipikal untuk enjin satu silinder. Tiga palam pencucuh mungkin lebih mahal untuk diselenggara dan sukar untuk ditukar, tetapi ia dapat memastikan yang bahanapi terbakar penuh tanpa sebarang pembaziran. Bahanapi yang dibakar sehabis potensinya akan memberikan anda prestasi termaksimum yang dapat ia berikan, dan mengurangkan pembaziran lalu menjadikan motosikal ini bergerak dengan lebih cekap dan bersih.

Enjin 149.8cc ini adalah enjin sejukan cecair yang menjana sehingga 15.5hp dan 13Nm tork; angka yang biasa-biasa sahaja namun prestasinya lebih
memberangsangkan daripada yang disangkakan. Dalam keadaan sebenar, ia mempunyai kuasa yang mengcukupi untuk pendakian bukit dan pecutan yang
agak bagus. Kecekapan bahanapi adalah tunjang utama untuk rekabentuk motosikal ini, dan walaupun kami tidak dapat mengatakan dengan pasti betapa berhematnya motosikal ini tanpa dapat menunggangnya lebih daripada masa 10 minit yang diberikan, tetapi, dengan kotak gear enam kelajuan dan teknologi enjin yang direka untuk mengekalkan suhu enjin pada tahap minimum, kami akan berpegang pada kata Benelli buat masa sekarang.

Ianya motosikal yang agak ringan juga, sekitar 115kg berat bersih dan sedikit melebihi 120kg apabila sedia ditunggang, RFS150i ini terasa lincah dan ‘sporty‘. Pengendalian yang hebat RFS150i ini dibantu oleh fork teleskopik terbalik dengan ruang gerakan sebanyak 88mm beserta dengan gegelung spring teredam minyak dengan ruan gerakan 27mm untuk bahagian belakang. RFS150i juga merupakan satu-satunya model moped dengan fork hadapan terbalik. Satu lagi mata tambahan untuk Benelli.

Kualiti keseluruhannya juga agak baik, namun kami menunggang motosikal yang dipasang dengan kadar segera dalam satu atau dua hari sebelum pelancaran, jadi kami berharap model keluarannya untuk terasa lebih bagus pembuatannya. Harganya bermula pada hanya RM6,988 untuk motosikal standard, dan meningkat sehingga RM7,338 bagi model edisi khas yang didatangkan dengan warna yang istimewa. Secara rasminya ia menjadikan Benelli RFS150i ini kapchai 150cc termurah dalam kelasnya.

 

TEKAN SINI UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN MOTOSIKAL LAIN DI DALAM KELASNYA DI BIKES REPUBLIC BIKE BUYER’S GUIDE!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply