Honda Thailand Memperkenalkan Motosikal Konsep 150SS RACER

Honda telah mempertingkatkan penglibatannya dalam dunia motosikal konsep dengan memperkenalkan motosikal 150 SS RACER. Motosikal konsep ini sedang dipamerkan di Pertunjukan Motor Bangkok 2017 yang bermula mulai kelmarin dan akan berakhir pada 9 April 2017.

Tampak jelas yang motosikal ini dilihat, diiktiraf, dan dikaitrapat dengan jentera yang amat popular, Honda Grom atau lebih dikenali di Malaysia sebagai MSX
125. Melihat pada motosikal 150SS RACER ini, tidak dapat disangkalkan lagi yang Honda Thailand telah merealisasikan apa yang kebanyakkan daripada kita impikan apabila kita berkata tentang sebuah motosikal yang sempurna.

Walaupun motosikal Grom ataupun MSX 125 memecah-belahkan pendapat orang ramai, untuk 150SS RACER ini, ianya sukar untuk menidakkan keanggunan jentera konsep Honda ini. Pertama sekali, penggunaan warna perak metalik dengan sentuhan warna biru mendokong perwatakan futuristik motosikal ini dengan baik sekali. Panel yang lutsinar di bahagian ekornya yang ala Yamaha R1 melengkapkan rupa keseluruhan motosikal ini tanpa ia kelihatan canggung.

Roda pejal diperbuat daripada karbon fiber yang dilitupi dengan tayar Metzeler memberikan 150SS RACER ini rupa yang mempersonakan yang cukup sesuai
menjadi poster dinding bilik tidur. Rotor brek pejal juga disertakan sekali bersama dengan roda cakera.

Honda Thailand mengambil langkah tambahan dengan implementasi gaya cafe racer (atau Ducati Monster naked bike, bergantung pada siapa yang
melihatnya) pada motosikal konsep ini dengan penggunaan lampu hadapan bulat dan palang pemegang yang agak lurus untuk memberikan kawalan dan
pengendalian yang lebih baik pada tanggapan kami.

Jika dilihat pada namanya, kita dapat membuat andaian yang 150SS RACER ini meminjam enjin yang diambil sama ada dari Grom atau pun RS150R. Tiada
maklumat tambahan diberikan mengenai motosikal konsep ini namun bahagian ekzosnya tampak begitu hebat sekali. Kata-kata tidak dapat menggambarkan kecantikan motosikal ini, jadi tatapilah keindahannya dan anda akan ketahui mengapa.

Memandangkan ianya adalah motosikal lumba konsep, agak munasabah jika gyrocam dipasang pada jentera perlumbaan futuristik seperti yang ada pada
motosikal MotoGP. Bukanlah hal yang besar tetapi perkara sebegini membuatkan kami cukup teruja. Honda Thailand melakukan tugas yang baik dalam pembinaan motosikal konsep ini dan hanya masa yang akan menentukan jika ianya akan dibuat sebagai jentera pengeluaran.

Buat sementara waktu, nikmatilah gambar-gambar ihsan dari Honda Thailand dan teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia motosikal.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

44 Replies to “Honda Thailand Memperkenalkan Motosikal Konsep 150SS RACER”

Leave a Reply