Jam Tangan BMW S1000RR – Kronograf Beemer 1000

 

 

 

  • Jam tangan BMW S1000RR eksklusif ini dicipta untuk mencerminkan sejarah superbike berkenaan dan sejarah dan imej ikonik BMW Motorrad.
  • Jam tangan Beemer 1000 ini buatan Jerman didatangi dengan rekaan kronograf sporty berlapik matte yang eksklusif disertakan dengan bekas keluli tahan karat
  • Kronograf Beemer 1000 ini dijual di www.BEEMER1000.com pada harga hanya €149 (RM710)


BEEMER1000.com telah muncul dengan jam tangan BEEMER 1000 Chronograph yang direka dan diilhamkan khusus oleh salah sebuah superbike paling diidamkan seluruh dunia, BMW S1000R. Jam tangan eksklusif ini dicipta untuk mencerminkan sejarah superbike itu dan sejarah dan imej ikonik BMW
Motorrad.

Jam tangan Beemer 1000 ini sudah semestinya buatan Jerman dengan rekaan kronograf sporty berlapik matte yang eksklusif dan disertakan dengan bekas
keluli tahan karat yang sepadan dengan persona jam itu sendiri. Muka jam berwarna hitam klasik dengan perincian angka berwarna putih disertakan dengan pandangan hadapan superbike itu yang terkenal sebagai logo Beemer 1000.

 


Kristal batu permata nilam digunakan sebagai penutup melindungi bahagian dalaman gerakan kepersisan kuartz yang juga mengandungi beberapa fungsi yang berguna seperti jam randik ukuran saat, paparan masa terbahagi 60-minit dan juga paparan 24 jam dan fungsi tarikh.


Teringin untuk memilikinya untuk diri sendiri? Beemer 1000 Chronograph ini dijual di laman sesawang www.BEEMER1000.com pada harga €149 (iaitu sekitar RM710 selepas pertukaran) tidak termasuk upah penghantaran dan pengendalian.

Soalan yang bermain di fikiran kebanyakkan daripada kita adalah mengapa buat sebuah jam tangan yang diilhamkan dari sebuah motosikal? Mengapa tidak? Pada awalnya dibuat untuk persaingan WSBK, motosikal S1000RR menjadi motosikal penanda aras untuk semua motosikal kelas-liter kegunaan jalan raya.


Dilengkapkan dengan enjin in-line empat silinder 999cc di sebalik rupa luaran yang kemas dan bergaya, rupa dan prestasi S1000RR mengimbangi kedua-dua aspek dengan baik sekali. Apa yang lebih memikat hati adalah bantuan penunggang elektronik yang maju yang bukan sahaja menjadikan ia lebih selamat, malah menjadikan ia si buas yang lebih mudah dikawal pada masa yang sama.


Setelah menjalani perubahan rupa pada 2015, BMW S1000RR ini menjadi lebih baik atas jasa elektronik yang lebih pintar yang diperoleh dari saudara HP4 hypersportnya. Ia juga telah melahirkan sebuah naked S1000R streetfighter dan juga S1000XR adventure sports, membuktikan kepada dunia yang non-boxer powertrain BMW juga sama baik dan juga serba boleh, malah lebih baik, dari para pencabarnya.

10 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.