KTM memperkenalkan enjin dua lejang dengan pancitan bahan api untuk tahun 2018

 

  • Menggunakan teknologi “Transfer Port Injection” KTM
  • Akan digunakan untuk tiga model untuk tahun hadapan

Selepas desas-desus yang telah berlegar buat beberapa bulan yang lalu, KTM akhirnya mengumumkan pelan mereka untuk membina sebuah enjin dua lejang pancitan bahan api untuk dikilangkan. Teknologi baru daripada pengilang Austria ini digelar “Transfer Port Injection”.

Teknologi pancitan bahan api ini tertumpu khususnya buat model dua lejang akan digunapakai untuk barisan enduro KTM bagi tahun 2018 yang akan didedahkan dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Menurut KTM, dua model utama yang akan menggunakan mahakarya pancitan bahan api serba moden ini adalah KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI. Terdapat juga satu model yang hanya boleh didapati di Amerika Syarikat dan Kanada iaitu KTM 250 XC-W TPI.

Kita semua sedia maklum yang pancitan bahan api secara amnya meningkatkan prestasi keseluruhan dan dengan menggunapakainya bersama enjin dua lejang, kelecehan mengpra-campur bahan api dengan minyak 2T akan menjadi kisah silam. Ia juga bermakna kecekapan bahan api akan meningkat mendadak serta memberikan pengalaman menunggang serba baru dengan kawalan dan tindak balas yang lebih baik.

 

Pengarah Pemasaran Produk KTM, Joachim Sauer, menyatakan “Ini adalah suatu perkembangan yang mengujakan buat KTM. Kami telah berusaha membangunkan pancitan bahan api dua lejang untuk satu jangka masa dan matlamat kami adalah untuk mencipta motosikal berdaya saing dengan semua manfaat pancitan bahan api, pada masa yang sama sejajar dengan mantra kami, READY TO RACE.”

“Telah diadakan ujian secara meluas dan pertimbangan diambil oleh pasukan kajian dan pembangunan kami dalam proses ini, jadi kami amat bersemangat dalam langkah seterusnya dalam mempelopori teknologi pertama seadanya di dunia, mengorak langkah di dalam segmen ini.”

“Kami semestinya tidak sabar untuk melancarkan jentera baru bagi tahun 2018 iaitu KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI dalam bulan Mei. Di Eropah model-model ini akan tiba pada pengedar pada awal musim panas dan untuk Amerika Syarikat dan Kanada, jentera baru bagi tahun 2018, 250 XC-W TPI boleh didapati dalam kuantiti amat terhad pada lewat musim luruh,”

https://www.instagram.com/p/BNhp98YFoXg/

Juga terdapat khabar angin bahawa model 300 telah diuji di perlumbaan Roof of Africa oleh penunggang KTM, Andreas Lettenbicher dan Lars Enockl pada hujung tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/BNRqDjWD5iq/

Selain daripada pengilang motosikal Austria ini, Honda juga telah menjalankan usaha membina enjin yang serupa sejak 2015. Mereka telah mengfailkan paten pada tahun itu namun masih tiada berita tentang perkembangan jentera tersebut. Ssungguhnya kami di sini tidak sabar untuk menyaksikan jentera KTM ini beraksi tetapi apakan daya, kita hanya dapat bersabar sambil menunggu tibanya bulan Mei untuk mengetahuinya kehebatannya.

 

Kekal setia di MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

53 Replies to “KTM memperkenalkan enjin dua lejang dengan pancitan bahan api untuk tahun 2018”

Leave a Reply