-
Kembara ‘Global Dream Ride’ dari 11.9.2015 hingga 16.9.2016
-
65,639km merentasi 40 negara dengan Yamaha FZ150i dan kelengkapan GIVI
Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi membanggakan negara dengan menjadi personaliti pertama dari Malaysia untuk menerima anugerah dari ‘Asia Book of Records’ di dalam kategori ‘Tunggangan Solo Seluruh Dunia (Wanita)’. Bermula di Putrajaya pada 11 September 2015, Anita menamatkan pengembaraan solo ‘Global Dream Ride’ nya di Bukit Kayu Hitam pada Hari Malaysia 16 September 2016. Berjaya merentasi 40 negara dan 4 benua, beliau mencatat sejumlah 65,639km secara keseluruhan.
Di majlis penerimaan rekod dan sijil penghargaan bertempat di ibu pejabat GIVI Asia di sini, Anita berkata,”Saya sangat berbangga dengan penghargaan berkenaan dan berharap ini juga sumbangan kecil saya kepada negara tercinta’. Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee berkata,” Sebagai Duta GIVI, Anita bukan saja memberi inspirasi kepada anak muda tetapi pada masa sama mengharumkan nama negara. Justeru, GIVI juga amat berbangga dengan pencapaian beliau’. Buat masa ini, Anita Yusof terus menerima pelbagai jemputan dari institusi pengajian tinggi untuk bercerita tentang pengalaman beliau serta memberi sesi syarahan motivasi.
Bagi mereka yang tidak mengenali Anita Yusof, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru di Ipoh, Perak. Jentera pilihan Anita untuk merantau serata dunia adalah Yamaha FZ150i kerana kemampuan untuk menjimat kegunaan minyak, senang untuk diselenggara dan juga ringan untuk dibawa merata.
Dalam perjalanan mengelilingi dunia selama 370 hari, Anita berkata bahawa Patagonia merupakan tempat yang mempunyai pemandangan yang paling indah. Walaupun indah, ia juga merupakan tempat yang paling susah untuk mengembara dengan permukaan jalan yang lincir dan angin lintang yang kuat. Anita juga pernah berdepan dengan seekor beruang ketika menunggang di Alaska.
Ramai yang mengetahui tentang cita-cita Anita untuk mengelilingi dunia dan pihak wartawan di Costa Rica juga sempat bertemu-bual dengan beliau sewaktu di sana. Dengan semangat yang kental bersama sokongan kuat dari GIVI, Anita Yusof pulang ke tanah air pada 16 September 2016 dengan semangat yang masih kuat dan juga barangan GIVI yang masih digunakan sehingga hari ini. Tahniah kepada Anita Yusof!
Haha hebat fz nie keliling satu dunia lagi..?
Ray’s Telis…geng FZ….bila nak kena lemang…
Amazing!! What an achievement you have accomplished. No ordinary person could have done that.
” It doesn’t matter how big or how small your Motorbike, but the life experience that you have gained that matters”
Zamri Hussain
Fz150, ini baru real achievement
Wan Hariri
Orang lama ni
Inspired
Raymond Joshua
Yamaha goooooo….
Bangga jadi fzianns
Terbaik!!!
BabyGewl He Love
Stylo Poyo
???
Wow.
Kembara Rider Syazmi Salleh Mohd Izwan Hasrul