-
Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat
-
Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island
-
Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga
Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick Vinales dan Juara MotoGP 2016 Marc Marquez berjaya mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat.
Marquez berjaya mencatat masa yang sama dengan masa terpantas Vinales pada hari kedua. Dani Pedrosa pula banyak kemajuan dari tapak ke-17 pada hari kedua ke tapak ketiga pada hari terakhir. Walaupun Pedrosa mencatat masa ketiga terpantas, beliau masih separuh saat di belakang Vinales.
Rookie pertama yang berjaya masuk dalam tempat lima tertinggi merupakan Jonas Folger dari Monster Yamaha Tech 3. Pada hari terakhir sesi ujian, Folger berjaya mendapat tempat keempat dengan hanya 0.009 saat belakang Pedrosa. Cal Crutchlow (LCR Honda) mencatat masa kelima terpantas dengan masa 1:29.101.
Seorang lagi rookie dalam kategori MotoGP tahun ini adalah Alex Rins dari pasukan SUZUKI ECSTAR. Beliau juga mencatat masa yang hanya 0.002 saat di belakang Crutchlow di tempat keenam. Rins berjaya berada di hadapan kedua-dua pelumba Ducati iaitu Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo yang berjaya mendapat tempat ketujuh dan kelapan. Lorenzo telah berjaya mencatat perubahan yang positif jika dibandingkan prestasi beliau yang hanya mampu mendapat tempat ke-11 pada hari pertama dan ke-15 pada hari kedua.
Jack Miller (Team EG 0,0 Marc VDS) jatuh pada tempat ke-9 dengan masa 1:29.358 dihadapan Aleix Espargaro dan jentera Aprilia RS-GP beliau. Valentino Rossi telah melalui sedikit kesukaran pada sesi ujian di Australia dengan hanya dapat menduduki tempat ke-11 pada hari ketiga. Dari tempat ke-2 pada hari pertama, Rossi turut jatuh ke tempat ke-8 pada hari kedua dan mengakhiri hari ketiga pada tapak ke-11.
Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR), Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Hector Barbera (Reale Esponsorama Racing) lengkapi 15 pelumba terpantas pada hari ketiga.
Sesi ujian seterusnya akan berlangsung di Qatar pada 10 hingga 12 Mac 2017. Untuk keputusan terperinci dari sesi ujian yang baru sahaja berakhir di Phillip Island, tekan SINI.
Laju tk kesah janji hormat org lama jangan sombong sangat.. Nanti kena buah lutut sambil koner pulak… Hihi.. #vr46
umur rossi berapa pulak nak kira dgn budak muda ni…biasalah tu. LAJU semua laju…nak jadi LEGEND bukan semua rider mampu.
Boleh rehat la rosssi….bagi orang lain pulak…Hidup tak selalunya di atas.
Ckit hari lagi suru legend nak pencen la tu..walaupun rossi kt blkng ka pencen ka..#46 suda trpahat di hati..#i lov idol
Aprilia ade tahun ni?
Power dia ni.rossi leh berehat dah..faktor usia..
Rossi pn dh berumur…plumba2 muda biasanya lebih agresif dan semangat dia tggi dan berkobar2..
kena lg rossi thn ni
Rossi kan mentor dia….kalau sapa xkenal Luca Cadalora tu malas aku la nk ckp details lg…
Sad but true.
Walaupun aku minat Rossi, tak dinafikan Vinales memang pencabar kelompok hadapan tahun ni. Jangan lupa, Vinales kalah mata saja dengan Marquez pada championship Moto 3 dulu.
Vinales kena mula bina aura, jaga ego, kena friendly dengan fans, dan dia bakal jadi juara dunia baru.
bkal lejen baru yg gntikn rossi nnti..
Vinales mmg power.!
Vinales ni dri psukn mna dlu ea?
suzuki
Lorenzo gi mane, sy x tau la. Ade sesape tau
Ducati…
Tq
jgn cpt menilai seseorg hanya dek kerana ujian masa sahaja..pengalaman mengatasi segalanya…FORZA ROSSI……Rosli Wilayah Persekutuan Mohd Suffian
Rossi legend
Bila rider dapat moto yg sesuai dgn cara riding die, memang laju la. Suzuki x dapat bagi moto yg btol2 hebat utk die.
muda sangat lg suzuki tu
Bkn suzuki xdpt bg motor yg trbaik..suzuki model bru lg kn..yamaha m1 dh vrsion brapa dh ..dh vinales glojoh sgt..huhu
Yamaha m1 pling konsisten pembuatan die. Tapi grid kuasa x setanding dgb honda dan yamaha
Tpi pling bsar kuasa dlm motogp ducati n ktm..dengar kata la..hihi
Suzuki msih lagi muda dgn mesin baru…mmg la beza hp yam n hon..tpi smuanya brgantung pada rider jgk
Nseb bek yamaha cpat2 amek die gnti lorenzo
Yg penting race pace paling konsisten..
Vinales vs Marquez lah lepas ni 🙂
Tahun sedap skit. 4 pesaing. Dulu tiga je. Makes rossi dan lorenzo
biasalah dah tua slow lah..mcm aku
Mamat ni mmg confiden level tggi..syg dh pindh team dri suzuki..great talent ?