HLYM melancarkan satu lagi Ego mereka dengan hadirnya Yamaha Ego Solariz yang memfokuskan kepada jentera automatik yang ‘Segalanya Mungkin’. Jentera automatik (skuter) semakin meningkat dari segi popularitinya berbanding beberapa tahun lepas dimana setiap pengeluar utama motosikal turut mengeluarkan jentera automatik mereka. Lihat saja Honda dengan BeAt, Kawasaki dengan J300, Suzuki dengan Nex dan Modenas dengan Karisma 125.
Tidak dapat dielak lagi dengan peraturan baru, maka, Ego Solariz ini dilengkapi dengan lampu isyarat belakang yang capang. Lampu isyarat seperti ini tidaklah saya sendiri gemari kerana mudah terlanggar dan mudah patah. Apakan daya, ini peraturan baru.
Enjinnya cukup bagus dalam kategori ini berkapasiti 125cc dengan suntikan bahanapi (fuel injection). Teknologi enjin ini hadir dengan konsep ‘BLUECORE‘ dari Yamaha yang memfokuskan prestasi dan pada masa yang sama masih menjimatkan. Caranya adalah dengan mengurangkan geseran mekanikal yang ada pada bahu penggolek (rocker arm) dan pelarasan terbaik pada sistem suntikan bahanapi.
Kuasa yang mampu dijana pada enjin ini adalah 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM dan daya kilas pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Nilai-nilai ini adalah nilai yang bagus pada jentera automatik 125cc yang mana anda akan puas hati dengannya. Sebagai perbandingan, jentera Suzuki Nex 110 hanya pada 6.6kW tetapi itu sudah bagus untuk satu skuter yang ringan.
Ruang bawah tempat duduk bersaiz besar dengan kapasiti maksimum 10 liter yang boleh memuatkan jaket hujan, dompet dan pelbagai barangan lagi yang biasa penunggang bawa. Tangki petrol pula bersaiz 4.2L.
Meter cukup ringkas tetapi ada satu lampu tambahan iaitu ‘ECO’ untuk menunjukkan kepada anda keadaan enjin yang berfungsi pada keadaan paling optimum pada kelajuan dan putaran enjin yang sesuai.
Rekaan ekzosnya juga ringkas dan dilindungi dengan pelindung peredam yang mengelakkan kaki anda tersentuh dengan ekzos yang panas.
Harga 2017 Yamaha Ego Solariz ini adalah RM5,548 (asas termasuk GST)
Spesifikasi Teknikal 2017 Yamaha Ego Solariz
Galeri gambar Ego Solariz
Min.. ada dgr citer versys 250cc x?
Ada
Masuk malaysia ke?
Nvx..nvx..nvx..nvx.nvx..!!!!??
Juliana Jusoh hoh slalu…
Ho nok gi order laluh. Wrna lain xdok ko
Juliana Jusoh purple adooo
Dah berapa byk model ego ni… nvx155 yg ditunggu tunggu
nvx lagi best! tapi tak masuk. masuk ego lagi sial
berape banyak scooter daa
vote to vario/click 125