Warga Kelantan Menang Kawasaki H2 dalam Cabutan Bertuah Hari Malaysia

Encik Che Asmani Che Kub dari Kelantan telah menang sebuah Kawasaki H2 dalam cabutan bertuah hadiah utama Kawasaki sempena Hari Malaysia 2016. Encik Asmani berjaya memenangi superbike tersebut setelah membeli sebuah Z800 beberapa bulan yang lepas.

Peraduan cabutan bertuah anjuran Kawasaki Motors Malaysia telah dibuka kepada pembeli-pembeli motorsikal baru Kawasaki ER6N, ER6F dan juga Z800 pada hujung tahun lepas. Lebih dari 500 peserta yang menyertai cabutan bertuah ini. Cabutan hadiah-hadiah utama telah dibuat semalam bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Insan yang membuat cabutan nama-nama pemenang adalah Encik Kiyaoki Takano dari AEON Kredit Servis dan Encik Kazuhiro Watanabe dari Tokio Marine Insurans Malaysia. Terdapat juga pemenang hadiah utama yang lain iaitu Encik Fairullah Mat dari Negeri Sembilan yang telah memenangi sebuah Ninja 1000. Beliau juga baru sahaja membeli sebuah ER6N beberapa bulan yang lepas.


Hadiah-hadiah cabutan yang lain merupakan beberapa buah D-Tracker X 250 dan juga beberapa Z 125 pro motorsikal mini. Salah seorang pemenang D-Tracker X 250 adalah Encik Kahar Amir dari Johor yang hadir untuk menerima motorsikal baru dari Kawasaki. Pengurus Kawasaki Motors Malaysia, Dato’ Jeffrey Lim, telah menyampaikan salah satu D-Tracker X tersebut kepada Encik Kahar semalam.

Lebih dari 500 penyertaan yang diterima dari seluruh negara dalam peraduan cabutan bertuah Hari Malaysia Kawasaki yang bermula hujung tahun lepas. Kami dari MotoMalaya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang!

16 Comments

Leave a Reply