2017 Honda CBR650F (RM 46,850.94) dan CB650F (RM44,730.94) kini di Malaysia dengan kemaskini warna dan grafik

Boon Siew Honda (Malaysia) mengemaskini jentera berkapasiti 650cc mereka dengan warna dan grafik baru untuk 2017. Honda CB650F dan CBR650F merupakan jentera permulaan untuk penunggang yang baru menyertai medan kuasa jentera 650cc dengan enjin 4-silinder. Honda mensasarkan jentera sebagai “your entry into Honda inline 4”.

Kedua-dua jentera ini menerima dua warna baru iaitu hitam rata dengan rangka merah dan hitam rata dengan rangka putih. Warna ini cukup menarik dan pernah saya kongsikan sebelum ini mengenainya di Indonesia

Honda CB650F

Kuasa kuda yang dijana oleh enjin 4-slinder ini mampu mencecah 81.80hp @ 9,500RPM dan daya kilas pada ukuran 63Nm @ 8,000RPM.

Honda CBR650F

Berdasarkan apa yang kami lihat melalui gambar rasmi kiriman Boon Siew Honda ini, nampaknya seperti jentera ini telah dilengkapi dengan sistem brek ABS. Kami telah menghubungi pihak Boon Siew Honda mengenai perkara ini dan kami akan kemaskini mengenainya setelah mendapat perkhabaran rasmi.

Honda CB650F

Harga Honda CB650F adalah RM44,730.94 (asas termasuk GST)

Harga Honda CBR650F adalah RM46,850.94 (asas termasuk GST)

Kedua-dua jentera akan mula memasuki pasaran pada 23 Januari 2017 ini.

KEMASKINI (18/1/2017): Tiada ABS untuk jentera ini. Maklumat dari wakil Boon Siew Honda

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

60 Replies to “2017 Honda CBR650F (RM 46,850.94) dan CB650F (RM44,730.94) kini di Malaysia dengan kemaskini warna dan grafik”

Leave a Reply