Cub Prix: Perlumbaan Terakhir Kategori CP130 di Taiping 19 dan 20 November 2016

cp130-will-change-to-150cc-classHujung minggu ini merupakan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Taiping, Perak pada 19 dan 20 November 2016. Pusingan terakhir ini juga akan menyaksikan perlumbaan terakhir bagi ketagori CP130 sebelum ia ditukar kepada SuperCub 150cc untuk 2017.

ahmad-fuad-juara-keseluruhan-pertama-cp130-2009

CP130 merupakan kategori perlumbaan kelas tertinggi di dalam Cub Prix dan selama 8 tahun ia berlangsung, terdapat pelbagai jenis pemenang. Ahmad Fuad Baharudin boleh dikatakan sebagai pelumba paling cemerlang dalam kategori CP130 dimana beliau telah memenangi kejuaraan pada tahun 2009 dan juga 2013. Ahmad juga merupakan pelumba pertama untuk memenangi tiga gelaran termasuk gelaran Expert pada 2002.

Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba Moto2 negara, juga pernah digelar juara CP130 pada tahun 2010 sekaligus mencatat sejarah sebagai pelumba termuda untuk memenangi kelas perdana tersebut pada umur 16 tahun.

hafizh-syahrin-lemans

Honda kemudian menyekat kemenangan Yamaha di kategori CP130 dengan Norizman Ismail, juara CP130 2011 dan Azlan Shah Kamaruzaman pada tahun 2012.

azlanshah2

Ahmad Fuad merampas semula kejuaraan untuk Yamaha setelah memenangi kejuaraan pada tahun 2013. Honda membalas semula dengan kemenangan Mohd Zaqhwan Zaidi pada tahun 2014.

ahmad-fuad-baharudin-juara-pertama-kategori-cp130

Ahmad Fazrul Sham dari Yamaha merupakan juara keseluruhan pada 2015 dan bulan lepas, Kasma Daniel Kasmayuddin mencipta sejarah sebagai juara CP130 termuda.

kasma-juara-keseluruhan-termuda-dan-terakhir-dalam-kategori-cp130

Secara keseluruhan, jentera Yamaha memenangi lima gelaran manakala Honda dengan tiga gelaran.

last-year-of-cp130

Promoter Kejuaraan Cub Prix, Safe Aim Mutual menjelaskan perancangan selama dua tahun dilakukan untuk menggantikan kategori CP130 ini. Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg, menyatakan “Evolusi yang berlaku di dalam Kejuaraan Cub Prix merupakan gambaran terhadap perkembangan industri motosikal negara. Untuk terus bertahan dalam industri yang sentiasa melakukan perubahan dalam teknologi, pertukaran ke kelas 150cc tidak dapat dielakkan. Namun, perubahan ini memerlukan perancangan rapi selama dua tahun bagi memberi peluang kepada pasukan-pasukan melakukan persediaan secukupnya untuk menghadapi cabaran baharu ini,”

Pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia 2016 akan berlangsung hujung minggu ini di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, Taiping, Perak. Saksikan perlumbaan terakhir bagi kategori CP130 sebelum berubah kepada SuperCub 150cc musim hadapan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply