Shark Helmets dan Furygan telah melancarkan beberapa produk baru pada Rabu lepas di ‘MiniGP Experience’. Turut menyertai pelancaran ini adalah penunggang-penunggang Moto2 mereka iaitu Johann Zarco dan Sam Lowes. Pelancaran tersebut telah berlangsung di trek Speedway PLUS, Subang.
Pelancaran ini telah diaturkan oleh pengedar rasmi Shark dan Furygan di Malaysia iaitu Winmaster. Shark telah melancarkan helmet terbaru mereka untuk 2017 iaitu Shark Spartan. Shark Spartan ini akan menggantikan model Speed R yang lama dari Shark.
Perubahan yang paling ketara yang membuatkan helmet ini lebih bagus adalah penambahbaikan dari segi aerodinamik pada bentuk helmet yang lebih bagus dan cekap. Dengan berat hanya 1,290 gram (helmet saiz sederhana), helmet ini adalah lebih ringan, mempunyai bahagian kemasukan angin yang lebih bagus dan paling penting, melepasi piawaian ECE.
Shark Spartan boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Carbon Skin (RM1,750) dengan 3 warna berbeza dan juga Carbon Guintoli (RM1,850). Shark juga telah melancarkan helmet Skwal Lorenzo pada harga RM1,150 dan juga sebuah helmet tahap permulaan iaitu Shark Ridil pada harga RM550.
Furygan juga telah melancarkan beberapa jaket dan sarung tangan yang baru. Terdapat beberapa jenis pilihan yang menggunakan bahan yang berbeza bagi semua jenis penunggang.
Faktor yang paling utama bagi produk-produk terbaru dari Furygan ialah mendapat pengesahan CE dan juga menggunakan ‘padding’ D3O yang lembut tetapi selamat untuk penunggang.
Dibawah adalah senarai produk-produk terbaru dari Shark dan juga Furygan bersama dengan harga.
Jaket:
Furygan ICARE Jacket – RM715
Furygan Hurricane Jacket – RM620
Furygan Vortex Jacket – RM755
Sarung tangan:
Furygan Fit-R II gloves – RM590
Furygan Tom D3O (retro style) gloves – RM350
Shark Helmets dan Furygan juga mempunyai gerai di Mall Area, Sepang International Circuit (SIC) sewaktu dengan perlumbaan MotoGP pada hari ini dan juga Ahad.