Hari Kedua: Pengalaman Pakej VIP Michelin

michelinvip1-004

Pandangan dari paddock Michelin VIP Village

Michelin ingin membawakan cerita mengenai MotoGP dari pandangan peminat motosikal yang terdiri daripada orang-orang kebanyakan dan di situlah MotoMalaya menjadi media yang memaparkan cerita mereka ini. Dua peminat MotoGP telah terpilih sebagai pemenang Michelin Motorcycle Asia Contest 2016.

makan2

Terdapat 6 pemenang sebenarnya jika dikira 2 pemenang dari Thailand dan juga 2 pemenang dari Indonesia. Kesemua mereka ini adalah peminat MotoGP yang cukup teruja untuk mengikuti pakej VIP dari Michelin.  

michelinvip1-002
Hari kedua (Sabtu) menyaksikan kedua-dua pemenang, Hussaini dan Ikhmal, berada di Michelin VIP Village, yang biasa kita lihat sebagai ‘box’ di atas hentian garaj (pit stop). Ikhmal sendiri selalu tertanya-tanya apa yang ada dalam ‘box’ kerana beliau selalu melihat ‘box’ tersebut dari depan ‘grandstand’ utama. Jika anda lihat pada gambar diatas, anda akan lihat menerusi cermin tersebut tempat duduk ‘grandstand’ utama di seberang sana. Satu tempat duduk disini bukanlah murah, mungkin dalam RM2k ke atas.

Dari kiri: Hussaini dan Ikhmal

Michelin memberikan cenderahati khas sempena MotoGP Sepang 2016 berupa kemeja-T, topi, payung dan juga beg Michelin.

Pemilik tag VIP Village berpeluang berjalan-jalan di ‘paddock’ dan jika bernasib baik, dapatlah berjumpa dengan pelumba-pelumba yang mungkin juga berjalan-jalan disana. Hussaini dan Ikhmal berpeluang untuk berjumpa dengan Hafizh Syahrin, Alex Marquez dan Zaqhwan Zaidi.

ikhmal01-005

Saudara Ikhmal bersama ayahnya

Ikhmal telah mula mengikuti siri MotoGP sejak dari 3 tahun lagi dan ini adalah dari sokongannya ayahnya yang mana pada masa itu perlumbaan MotoGP diadakan di Litar Batu Tiga Shah Alam dan juga di Litar Pasir Gudang sebelum ke Litar Sepang. Beliau berkesempatan berjumpa dengan ayahnya yang juga turut hadir ke Litar Sepang.

ikhmal01-003

Pandangan dari atas Michelin VIP Village

Bahagian bumbung juga dibuka untuk lawatan oleh pemegang pas VIP untuk melihat litar dengan lebih luas lagi.

makan2-001

Setelah habis sesi MotoGP, VIP ini dibawa ke Spring Garden untuk menikmati makan malam yang mewah.

Pakej VIP Michelin ini bernilai RM20,000 dan sangat berbaloi untuk memenanginya.

Nota: Artikel ini ditaja oleh Michelin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.