KTM Malaysia kini membawakan kepada peminatnya di Malaysia 8 model motokros (off-road) untuk pasaran disini. 8 model yang diperkenalkan ini terdapat pilihan dari 250cc hingga 450cc. Terdapat 1 model datang dengan enjin 2-lejang iaitu 250 EXC Six Days Enduro, manakala 7 model lagi adalah dengan enjin 4-lejang.
KTM juga membawa kami ke Sungai Buaya, Rawang, untuk menunjukkan litar motokros mereka disamping pelancaran dan sesi tunggang uji jentera terbaru mereka.
Gabit, penunggang motokros dan supermoto menunjukkan kepada media kebolehan dan kehandalan jentera KTM ini beraksi dalam litar motokros yang mencabar ini.
Kesemua jentera ini menggunakan rangka tegar berasaskan Chrome-Molybednum (Chromoly) membolehkannya mempunyai berat yang rendah dan kekuatan yang tinggi.
2017 KTM 450 SX-F – RM39,750 (termasuk GST)
Enjin: 449cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
Kuasa: 62hp
Berat keseluruhan: 100.2kg
2017 KTM 250 EXC Six Days – RM38,160 (GST inclusive)
Enjin: 249cc satu-silinder 2-lejang
Berat: 100kg
2017 KTM 250 EXC-F – RM41,870 (termasuk GST)
Enjin: 249cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
Berat: 103kg (kering)
2017 KTM 250 EXC-F Six Days – RM45,050 (termasuk GST)
Enjin: 249cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
2017 KTM 350 EXC-F – RM42,400 (GST inclusive)
Enjin: 349cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
Berat: 104kg (kering)
2017 KTM 350 EXC-F Six Days – RM45,580 (termasuk GST)
Enjin: 349cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
KTM 450 EXC-F – RM42,930 (termasuk GST)
Enjin: 449cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
Berat: 106kg (kering)
2017 KTM 450 EXC-F Six Days – RM46,110 (GST inclusive)
Enjin: 449cc satu-silinder 4-lejang 6-kelajuan
Galeri Gambar Jentera KTM
Sesi Tunggang Uji di Sungai Buaya, Rawang
Maklumat lanjut mengenai jentera KTM boleh diperolehi disini: www.ktm.com/my