Modifikasi Suzuki GSX1100 ‘barebone’ oleh Harris dari Berlin

Modifikasi yang sungguh radikal berbanding rekaan biasa oleh Berham Customs ini di Berlin, sungguh mengujakan.

Sekali pandang, nampak seperti ini adalah motosikal yang belum siap, tetapi mesin yang berasaskan enjin GSX1100 sebenarnya sedia ditunggang.

Mungkin anda tertanya-tanya dimana tangki minyaknya, dan pertanyaan anda itu ‘valid’ kerana tangki minyaknya sangat kecil dan diletakkan atas sedikit pada bahagian enjin. 

Tidaklah boleh motosikal ini dibawa ke jalanan kerana tiada lampu hadapan dan tiada ciri-ciri ‘road-legal’. Namun ini adalah satu hasil kejuruteraan yang matang untuk mempersembahkan mesin ini dalam bentuk paling kasar tetapi masih mampu menarik mata memandangnya dengan kagum.

Sumber:http://www.bikeexif.com/harris-frame-suzuki-berham

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]