Alpinestars melantik Sinar Puncak Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi

alpinestars-006

Alpinestars telah melantik Sinar Puncak Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi untuk pasaran Malaysia. Alpinestars merupakan jenama yang menfokuskan kepada peralatan keselamatan kepada penunggang motosikal. Azlan Shah dan Zulfahmi Khairuddin merupakan dua pelumba yang mendapat perlindungan dari set lengkap perlumbaan dari Alpinestars.

Alpinestars memasarkan produk mereka dengan pilihan produk paling meluas dengan harga yang rendah hinggalah paling mahal. Sebagai contoh, ini bermakna anda boleh membeli sarung tangan Alpinestars Spartan dengan hanya RM189, dan boleh memilih untuk menaik taraf sehinggalah sarung tangan tahap perlumbaan Alpinestars Supertech berharga RM1,599.00. Lihat jadual harga dibawah:

pricelist-alpinestars-malaysia-001

Begitu juga dengan kasut, anda boleh mendapatkan kasut yang khas untuk tunggangan motosikal Alpinestars Faster 2 dengan RM599 dan boleh memilih juga yang lebih berprestasi tinggi Alpinestars Supertech R dengan harga RM2,000.

 

pricelist-alpinestars-malaysia

Jaket motosikal Alpinestars adalah salah satu produk yang sentiasa diimpikan oleh ramai penunggang motosikal di Malaysia dan sebenarnya untuk Alpinestars yang asli, harganya bermula dari RM589 bagi Haze Air Textile Jacket.

Alpinestars juga bercadang untuk membawakan teknologi Tech Air, iaitu beg udara untuk jaket motosikal, namun akan menyediakan pusat perkhidmatan untuk menyelenggara sebelum membawa produk ini ke pasaran Malaysia.

Sinar Puncak Sdn Bhd mengambil alih pemasaran dari IktikadRaya yang telah menjalankan tugas yang baik sebelum ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]