Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Hadir dalam Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Memandangkan ini adalah model automatik, maka daya tersebut dihantar ke tayar menerusi sistem automatik talisawat V.
Sistem suntikan bahanapi dengan teknologi Blue Core juga ada pada model ini dan membolehkan Yamaha Ego Avantiz lebih jimat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator. Sistem Blue Core memfokuskan kepada kecekapan pembakaran, pengurangan tenaga yang hilang dan penghantaran bahanapi yang tepat dengan pemasaan suntikan¹.
Ciri-ciri yang ada pada Yamaha Ego Avantiz ini sangat menarik dengan tayar belakang yang lebar daripada biasa (100/70 – 14). Lampu depan LED dan ruang isian yang luas dibawah tempat duduk yang boleh memuatkan 14L atau sebiji helmet.
Lampu isyarat belakang seperti yang dijangkakan sememangnya hadir dengan terpisah (capang) untuk menepati peraturan UNECE.
Galeri 2016 Yamaha Ego Avantiz
Harga 2016 Yamaha Ego Avantiz adalah RM 5,717.64 (asas termasuk GST). Terdapat 3 pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah.
Ada di pasaran di penghujung Ogos 2016.
SPESIFIKASI YAMAHA EGO AVANTIZ 125cc SPECS
ENJIN
Kapasiti | : | 125cc |
Jenis | : | Air cooled 4-stroke, SOHC |
Silinder | : | 1 cylinder |
Diameter x Langkah | : | 52.4 mm x 57.9 mm |
Nisbah Mampatan | : | 9.5 : 1 |
Kuasa Kuda Maksimum | : | 7.0 kW / 8000rpm |
Daya Kilas Maksimum | : | 9.6 Nm / 5500rpm |
Sistem penghidup | : | Electric & Kick starter |
Sistem Pelinciran | : | Basah |
Kapasiti Minyak | : | Total = 0.84 L ; Berkala = 0.80 L Ganti Filter = 0.80 L |
Sistem Bahanapi | : | Fuel Injection |
Klac | : | Kering, Centrifugal automatic |
Transmisi | : | V-belt automatic |
DIMENSI
P X L X T | : | 1870mm X 685mm X 1070mm |
Jarak Roda | : | 1260mm |
Jarak Terendah Ke Tanah | : | 135mm |
Tinggi Tempat Duduk | : | 760mm |
Berat | : | 96kg |
Kapasiti Tangki Minyak | : | 4.2L |
ELEKTRIK
Sistem Pengapian | : | TCI |
Battery | : | YTZ4V / GTZ4V |
Tipe Busi | : | NGK/CR6HSA |
RANGKA
Jenis Rangka | : | Underbone |
Suspensi Depan | : | Teleskopik |
Suspensi Belakang | : | Unit Swing |
Tayar Depan | : | 80/80-14M/C 43P |
Tayar Belakang | : | 100/70- 14M/C 51P |
Brek Depan | : | Single disc brake |
Brek Belakang | : | Drum brake |