Apa beza minyak enjin untuk kereta berbanding minyak enjin untuk motosikal?
Minyak enjin untuk kereta digunakan untuk melincirkan bahagian dalam enjin iaitu piston, aci engkol dan pelbagai lagi komponen yang ada dalam enjin kecuali kotak gear. Kotak gear pada kereta mempunyai minyak khas iaitu minyak pelincir untuk transmisi. Tekanan (stress) pada minyak pelincir terhadap enjin kereta tidak begitu besar jika dibandingkan dengan minyak pelincir untuk motosikal. Sebagai contoh; kereta yang berkuasa 105bhp 1.4 liter memerlukan minyak enjin pada faktor tekanan 23 (maklumat dari Shell), manakala untuk motosikal yang hanya berkuasa 600cc mampu menjana 123bhp pula memerlukan minyak pelincir pada faktor tekanan 76. Ini adalah 3 kali ganda berbanding tekanan pada kereta. Perlu juga diingat bahawa hanya dengan satu minyak pelincir tersebut, bukan komponen dalam enjin sahaja yang perlu dijaga oleh minyak pelincir malah juga sistem transmisi yang sensitif terhadap minyak pelincir. Sekiranya tidak tepat pilihan minyak pelincir, klac mungkin boleh mengalami kegelinciran.
Jadi, minyak motosikal mineral atau sintetik, yang mana lebih bagus?
Saya telah membaca teknologi baru dari Shell iaitu mengenai PurePlus yang mana menggunakan proses gas kepada cecair (GTL = gas to liquid) yang mana proses ini dapat menghasilkan minyak sintetik yang lebih jernih dan lebih baik. Jadi, saya berminat untuk mengetahui mengenai perbezaan antara minyak mineral dan sintetik ini.
Minyak mineral merupakan minyak yang terhasil daripada proses penyulingan yang memisahkan minyak mentah kepada beberapa bahagian lain iaitu gas, petrol, gris dan minyak pelincir. Seterusnya proses penapisan dijalankan untuk mengurangkan benda asing dalam minyak pelincir tersebut seperti sulfur, fosforus dan juga logam. Namun begitu, hasil tapisan ini mempunyai pelbagai jenis molekul yang berbeza saiznya menyebabkan susunan cecair minyak pelincir ini tidak seragam. Molekul berbeza juga mempunyai sifat yang berbeza, jadi berkemungkinan molekul ini boleh berubah sifatnya apabila suhu berubah, sedangkan amat penting untuk minyak enjin mempunyai karakteristik yang boleh dijangka (predictable charateristic).
Minyak sintetik pula adalah minyak yang melalui beberapa lagi proses kimia tambahan untuk menghasilkan satu cecair pelincir yang mempunyai karakteristik yang boleh dijangka ini. Berdasarkan proses kimia, saintis boleh mendapatkan apa yang mereka mahukan dalam minyak pelincir ini. Apa yang dicari dalam minyak asas (base oil) adalah dekena. Dekena adalah rantai karbon yang mempunyai 10 atom karbon. Dekena terhasil dari proses pencantuman 5 molekul etilena yang mana mempunyai 2 atom karbon. Setelah dekena terhasil, barulah ia digabungkan untuk menjadi polimer. Polimer ini akan menjadi asas kepada minyak pelincir sintetik iaitu Poly-Alpha-Olefin (PAO).
Mengapa tidak semua minyak pelincir dihasilkan melalui proses kimia ini?
Jawapannya adalah kerana proses ini menambah kos kepada penghasilan minyak pelincir sintetik ini. Proses ini mahal.
Apa kelebihan minyak sintetik berbanding minyak mineral?
Minyak mineral akan cepat mengalami degradasi kerana masih mempunyai sedikit benda asing seperti sulfur, fosforus dan logam. Walaupun telah melalui proses penapisan, tidak 100% benda asing ini dapat ditapis. Benda asing ini akan menghasilkan kotoran dalam enjin kerana ia tidak mempunyai karakter yang baik untuk pelinciran.
Minyak sintetik mempunyai kelebihan dari segi molekul yang lebih seragam dan mempunyai karakteristik yang boleh dijangka. Minyak ini juga lebih tahan suhu yang tinggi dan mempunyai faktor degradasi yang lebih rendah berbanding minyak mineral.
Ada satu ujian menarik yang telah dijalankan oleh Hotrod dimana enjin 5.7 liter menghasilkan 408.3hp dengan menggunakan minyak mineral, dan menghasilkan 418.4hp selepas menggunakan minyak sintetik. Itu adalah 10.1hp peningkatan dengan hanya menukar minyak sintetik sahaja.
Jadi adakah minyak sintetik lebih bagus?
Pada analisis kami, minyak sintetik lebih bagus namun dengan perkembangan teknologi dan penarafan API pada minyak pelincir, minyak mineral masih baik untuk digunakan asalkan anda mengikut spesifikasi yang disarankan.
Sumber rujukan: Shell Advance dan HotRod
bukan dh lama ke menda ni…..
Bgi sy semi synthetic utk kreta 9 tahun ke ats pn sesuai..Skg ni lg byk isu minyak enjin recycle..So better beli kat stesen minyak terus..Tk da la tiruan..#UserShellFor10YearsLubricantDanPetrol
rmai dah bole jd profesor kt sni..
Hdeo atau minyak enjin kereta kalau pakai kat skuter mcm mana plak…
Izrul Mohd Qayum ar le jek
Perkongsian maklumat yg berguna.. Mekaseh admin MotoMalaya…
ilustrasi graphic. lebey kurang camni ler kot. maksudnya uniform pressure to all molecules. berat sama dipikul,ringan sama dijinjing kate nyerrrr bak kata pepatah kite!
Tq bos
sharing is caring loving and spamming hehehehe
Bos blh bg link image tu? Nak update artikel
wa gugel tadi bang.2nd taim cari sesat gua tadi ohhh????
https://www.google.com/search?q=synthetic+oil+vs+regular+oil&client=ms-android-asus&biw=360&bih=559&prmd=svin&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwijwLqP7fbMAhVMv48KHTmuCUAQ_AUICCgD#imgrc=StfOrgCH3f1YAM%3A
hah found it! baru laa aman ati wa ???
kikikiki…Petro-Canada dah lama ada minyak with pure base oil 99.9%..sape nak tengok,camner rupa minyak pure base oil,bolehlah kita jumpa..aku ada sample..
btw,panjang nak taip ni kalau nak terangkan..lalalala
Hari tu bos dah bg sampel. Tq bos
hehehe…
Sarjan Tulang, rimula gua msuk lc, lagenda..rimula gk gua msuk waja..acane tu xpe ke jen?
Tapi……. Budak JTX ckp Minyak Synthetic nie minyak tiruan….
??????
Secara literal, sintetik bermaksud buatan. Jadi, minyak sintetik adalah minyak yg dibuat dr proses kimia utk menghasilkan minyak yg lebih seragam molekulnya agar pelinciran adalah sekata utk setiap permukaan logam dalam enjin
apa2 pun admin sy guna mnyk JTX mmg terbaik lh dari minyak sintetik yg lain walaupun JTX dlm kategori mineral performance dia petro jimat enjin ringan haha
Synthetic lincin, tp kurang likat, mineral likat tp kurang lincin. Lagi likat, petrol lg mkn banyak. Engine lama X sesuai dgn fully sbb ada haus gap logam dlm engine, knocking boleh dengar, sesuai untuk perlumbaan yg selalu selenggara Engine.
Pakar minyak sedang bertungkus lumus mengelakkan masalah minyak fully yg buatkan gasket cepat bocor, kereta baru/Full overhaul boleh tahan 5 hingga 7 tahun sj sebelum bocor. Entahlah problem tu dah selesai ke tidak.
Kalau moto sy penah try MOS, ELF, TOTAL(lme pny kaler ijau), MOTUL(nk sedap leh try double esther) atau Mobil 1 (fully synthetic). Ni zaman pakai LC.. Pd sy Mobil 1 the best. Tp da x kuar dah.. Mos pon da ok dah..
Bagaimana pula minyak synthetic dengan ester? Contohnya motul 5100 atau hirev torqe ni.
Kalau ade esther lg ok.
Ester bgs jg dlm kategori API Gred V. Ester mempunyai karakteristik yg sangat baik dalam pelinciran (lubricity).
ester is more as additive…bukan base oil asas dri crude oil….
sebab esther come either dari animal base atau plant base…
tp mostly guna plant base…yg motul,diaorang guna minyak kelapa…diaorang estrak sampai dpt ester..
Betul jen. Ester adalh hasil tindakbalas kimia asid karboksilik (organik) dgn alkohol
Klac senyap giler lepas bila pakai myk itam jenis ni..
Kat mana lobang boleh dapat hirev torqe ni dengan harga murah? Mmg Best pakai. Sebelum ni pakai hirev 904 full sintetik. Pakai hat ni rasa lg Best. Cuma harga mahal. Rm70.
Dulu mse pakai mobil 1 gold pon da mahal.. Mse tu 56 hengget
#hdeo ??
?? saya guna sekali… rase mcm x ngam dihati.. xde semutt…
Dh pkai 3 kali…pstu jadi clutch slip…bila tnya geng hdeo ssmua krik krik…emm..trus pkai minyak moto balik.
Sy pn xlah pakar sgt dlm hdeo nie.. tp dh guna 2thn.. lc 135..
Proton pesona sy pn guna hdeo..
Tuan Ikmal Ismail guna moto ape.. minyak ape?
Hati2 pkai bro..utk motor pkai myk yg ada jaso ma..just nasihat je..nasib x baik clutch slip..motor fz aku dh kene mengerang mcm x msk gear bila rpm tinggi
Betoi tu..elok pakai jer minyak yg betul
Sy pkai fz..
Kalau nk guna hdeo pkai petrocanada duron..yg tu mmg ada spec jaso ma sesuai utk wet clutch
Sy pki myk produa axia kt lc135 sy.. 0w-30 fully syntct
Pesona guna yg ni…
Shah Yrv
Klo hdeo plak mcm mane?
Yg ni saya belum study lg tuan
Ok tq tuan.sbb kebanyakan owner moto pkai hdeo.2 yg agak pelik sbb nk tau mcm mane fungsinye.ade yg sy dngr kne cari yg ade Jaso-ma baru sesuai tuan.
Sy guna kt LC 135… dah 2 thn dr start beli… #rimulaR4X … #Mobildelvac … #petrocanada
Tp ade yg sy dngr bile pkai hdeo ade kes slip clutch.yg 2 mcm mane?atau slh pilih minyak?
Bro Muiz Majid dah mention dah hdeo ape yg ramai pkai 2.lg 1 liqui moly pn ramai gk pkai
Liquidmoly sy x penah guna lagi… maaf… ?
Tp ada page fb ttg heavy duty engine oil ni.. blh ler tanye2 dlm tu… hehe…
Jom join tambah ilmu..cari group, heavy duty engine oil Malaysia
petro canada antara hdeo terbaik
Pc yg hijau 2 ape name?
HDEO???
Pm sarjan tulang hehehe…
shell Rimula r4x n rotella..xD