Yamaha Motor Co., Ltd (Iwata, Japan) memperkenalkan jentera Yamaha Saluto RX yang akan dipasarkan di India pada penghujung April 2016 ini. Yamaha Saluto RX dikatakan sebagai ‘next-generation 110cc street model’ dan ini adalah bersesuaian dengan rekaan jalanan yang menghampiri rekaan Yamaha RX-S, RX-Z dan sangat berbeza dengan model moped seperti Yamaha Lagenda 110cc.
Yamaha Saluto RX dikuasakan oleh enjin 110cc ‘BLUE CORE’ yang lebih efisien sebanyak 13% berbanding dengan enjin 110cc dari Yamaha sebelum ini. Yamaha telah memperbaiki enjin 110cc dengan menggunakan bentuk kebuk pembakaran untuk pembakaran lebih baik dan juga rekaan sirip penyejuk yang diletakkan pada tempat yang optimum untuk penyejukaan enjin. Penambahbaikan dari segi pemasaan pencucuhan juga memastikan enjin lebih efisien.
Pasaran India mempunyai minat yang tinggi terhadap model 110cc-125cc dimana 16 juta unit motosikal telah terjual dalam segmen ini. Jumlah ini mewakili 60% daripada keseluruhan pasaran motosikal India. Model Saluto RX 110cc ini adalah sebagai tambahan kepada model sedia ada iaitu Saluto 125cc.
Yamaha mensasarkan untuk menjual 60,000 unit pada tahun pertama penjualannya di India.
Apa yang lebih menarik adalah mengenai harga jualannya yang hanya INR46,000 bersamaan dengan RM2,726.99 yang mana pada pendapat saya, adalah harga yang sangat menarik untuk motosikal keluaran Yamaha.
Sumber: http://global.yamaha-motor.com/news/2016/0415/saluto-rx.html
Adik rxz
ni lah rxz baru? Airi Ezani Zakaria
Kalau menunggang motosikal di India memang susah nak bawak laju sebab penduduk nye sangat ramai. Apapun hon adalah satu kemestian..
Top speed bape?
Moto tank ada clutch 4stroke 110cc mmg xde maket kt malaysia ni.
Sb 110cc 4stroke rakyat lg pilih MOPED senang bwk barang
Masuk Malaysia..buat jd trekker
4-stroke
Nape Yamaha tak keluarkan versi baru RXS 115? Laju tau moto tu… kalau ada sape nak jual, mmg gua nak ambik moto tu.. Legend tu..
Versi bru RX-S adalah RX-Z, tp tu pun dah xde
2 stroke ke 4 stroke model Saluto ni?
INDAK LAJU ?
Ini baru yaMurah! Walaupun harga bajet tp boleh jual byk! Masyuuukk! Hahaha
Peh. Rm2K lbeh aje. Kembar rxz tp degraded. Cc 110, xde brake disc dpn. Mix dgn match brg rxz ni ok ni. Power
kelakau hahaha , design campuran , hantam la labu….
Bawa ke Malaysia dan jual sekitar RM3000 mesti laku macam pisang goreng !
Ya. Mesti laku!
Motor Yamaha dan Suzuki serupa jenis ini yang berklatch pernah wujud di jalan-jalan kampung sekitar tahun 1970an. Tidak tahu bagaimana dan mengapa ia pupus begitu sahaja sekian lama tanpa model yang kredible !
Lawa