Yamaha Saluto RX diperkenalkan untuk pasaran India – hanya INR46,400 (MYR2,726.99)

2016-Yamaha-Saluto

Yamaha Motor Co., Ltd (Iwata, Japan) memperkenalkan jentera Yamaha Saluto RX yang akan dipasarkan di India pada penghujung April 2016 ini. Yamaha Saluto RX dikatakan sebagai ‘next-generation 110cc street model’ dan ini adalah bersesuaian dengan rekaan jalanan yang menghampiri rekaan Yamaha RX-S, RX-Z dan sangat berbeza dengan model moped seperti Yamaha Lagenda 110cc.

Yamaha Saluto RX dikuasakan oleh enjin 110cc ‘BLUE CORE’ yang lebih efisien sebanyak 13% berbanding dengan enjin 110cc dari Yamaha sebelum ini. Yamaha telah memperbaiki enjin 110cc dengan menggunakan bentuk kebuk pembakaran untuk pembakaran lebih baik dan juga rekaan sirip penyejuk yang diletakkan pada tempat yang optimum untuk penyejukaan enjin. Penambahbaikan dari segi pemasaan pencucuhan juga memastikan enjin lebih efisien. 

Pasaran India mempunyai minat yang tinggi terhadap model 110cc-125cc dimana 16 juta unit motosikal telah terjual dalam segmen ini. Jumlah ini mewakili 60% daripada keseluruhan pasaran motosikal India. Model Saluto RX 110cc ini adalah sebagai tambahan kepada model sedia ada iaitu Saluto 125cc.

Yamaha mensasarkan untuk menjual 60,000 unit pada tahun pertama penjualannya di India.

Apa yang lebih menarik adalah mengenai harga jualannya yang hanya INR46,000 bersamaan dengan RM2,726.99 yang mana pada pendapat saya, adalah harga yang sangat menarik untuk motosikal keluaran Yamaha.

Sumber: http://global.yamaha-motor.com/news/2016/0415/saluto-rx.html


18 Comments

Leave a Reply