Honda Winner 150 (2016) dilancarkan di Vietnam – moped 150cc dari Honda

honda-winner-150-2016Honda tidak hanya melihat Yamaha dengan moped 150ccnya dan kali ini memperkenalkan Honda Winner 150 di Vietnam. Honda Winner 150 merupakan satu model moped yang berkapasiti 150cc yang telah dikhabarkan ada dalam perancangan Honda. 

honda-winner-150-20166Enjin Honda Winner ini dipacu oleh suntikan bahanapi PGM-FI, berkapasiti 150cc, DOHC, 6-kelajuan, 4-lejang, satu sillinder dan berpenyejukan cecair.
Sebelum ini, tersebar luas khabar dari Indonesia mengenai Honda Supra X150, tetapi setakat ini hanya Vietnam yang menerima moped 150 dari Honda ini. Selain itu, spesifikasinya kali ini cukup mantap dengan brek cakera depan dan belakang, malah monoshock pun ada.
Rekaan Honda ini tampak menarik, namun apa yang lebih penting adalah prestasi enjinnya samada mampu mengatasi Yamaha atau tidak.
Begitu juga harganya. Jika kena harga dan prestasinya, pasti ramai akan beralih ke Honda Winner 150 ini.

Sumber: Nobita FB dan autodaily.vn

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

135 Replies to “Honda Winner 150 (2016) dilancarkan di Vietnam – moped 150cc dari Honda”

Leave a Reply