Pusingan kedua Moto3 di Autódromo Termas de Río Hondo, Argentina menyaksikan kemenangan pertama untuk pelumba Malaysia di pentas Moto3. Keadaan litar yang sedikit basah dan sedikit kering nampaknya memberikan kelebihan kepada pelumba-pelumba dari Malaysia dengan KIP menjarakkan diri sejauh 26.170 saat dari pelumba kedua iaitu Jorge Navarro.
Adam Norrodin sebenarnya hampir mendapat tempat kedua untuk menyaksikan 1-2 podium untuk Malaysia tetapi ‘high side’ pada selekoh terakhir namun beliau menolak motornya sehingga ke garisan penamat dan mendapat tempat ke-11.
Norrodin runs across the lineNever give up! Heartache for Norrodin, who crashes out of 2nd place in #Moto3 at the final corner, but picks his bike up to run with it across the line! #ArgentinaGP
Posted by MotoGP on Sunday, 3 April 2016
Tahniah untuk pelumba-pelumba dari Malaysia. Tidak lupa juga Hafizh Syahrin yang mendapat tempat ke-6 dalam Moto2.
Rujukan: http://www.bikesrepublic.com/bulletin/the-malaysian-moto3-miracle