Mugen Shinden Go (2016) – motosikal elektrik untuk Isle of Man TT Zero

Mugen-Shinden-Go-001

Mugen, syarikat pengubahsuai popular untuk mesin-mesin dari Honda kini mempersembahkan motosikal elektrik yang cukup menawan hati, perasaan dan jiwa peminat-peminat permotoran seluruh dunia iaitu Shinden Go. Dulu, motosikal elektrik selalu dikaitkan dengan sesuatu yang agak lemah, tetapi kini Mugen mengubahnya menjadi satu motosikal yang berkuasa.Mugen-Shinden-Go

Mugen Shinden Go ini telah memulakan hidupnya bermula dari tahun 2012 dan terus diperkembangkan dengan giat sehingga kini. Mesin yang berkuasa ini akan beraksi untuk Isle of Man TT Zero yang akan berlangsung pada 8 Jun 2016 ini.

Mugen Shinden Projects telah menghasilkan satu mesin yang sangat berkuasa dan ini dapat dibuktikan pada 2014 dimana ia telah memecahkan rekod kelajuan tertinggi untuk TT Zero pada kelajuan 117.366mph (187.786kph).

Saksikan sendiri kelajuan yang menakutkan dan bunyi jeritan motor elektrik yang bingit dalam video di atas. John McGuinness adalah joki Mugen Shinden (2014) ini dan berjaya memecahkan rekod lap.

Berikut adalah maklumat mengenai Mugen Shinden Projects:

Struktur pasukan

Nama
Pelumba Mesin Wakil / Pengarah
TEAM MUGEN John McGuinness SHINDEN GO Wakil: Satoshi Katsumata
Pengarah: Akihiro MIyata
Bruce Anstey

[TEAM MUGEN TT Zero Challenge results 2012-2015]

Year / Machine John McGuinness Bruce Anstey
Ranking Average Speed (mph) Time Ranking Average Speed (mph) Time
2012 / SHINDEN
2 102.215
22’08″850
2013 / SHINDEN NI
2 109.527
20’40″133
2014 / SHINDEN SAN
1 117.366
R 19’17″300
2 115.048
19’40″625
2015 / SHINDEN YON
1 119.279
R 18’58″743
2 118.857
19’02″785

Spesifikasi Teknikal  (SHINDEN GO) 2016
Total length / full width / height (mm): 2,125 / 680 / 1,130
Minimum ground clearance (mm): 130
Seat height (mm): 810
Vehicle weight (kg): 250
Tire (front): 120 / 70ZR17M / C (58W)
Tire (after): 200 / 55ZR17M / C (78W)
Frame: CFRP monocoque frame
Motor Format: oil-cooled three-phase brushless motor
Maximum output (kW [ps]): 120 [163.2]
Maximum torque (N · m [kgf · m]): 210 [21.4]
Battery Specifications: laminate-type lithium-ion battery
Battery output voltage (V): 370 or more

Sumber: http://www.mugen-power.com/shindenproject/news.html#news01

6 Replies to “Mugen Shinden Go (2016) – motosikal elektrik untuk Isle of Man TT Zero”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.