Mugen, syarikat pengubahsuai popular untuk mesin-mesin dari Honda kini mempersembahkan motosikal elektrik yang cukup menawan hati, perasaan dan jiwa peminat-peminat permotoran seluruh dunia iaitu Shinden Go. Dulu, motosikal elektrik selalu dikaitkan dengan sesuatu yang agak lemah, tetapi kini Mugen mengubahnya menjadi satu motosikal yang berkuasa.
Mugen Shinden Go ini telah memulakan hidupnya bermula dari tahun 2012 dan terus diperkembangkan dengan giat sehingga kini. Mesin yang berkuasa ini akan beraksi untuk Isle of Man TT Zero yang akan berlangsung pada 8 Jun 2016 ini.
Mugen Shinden Projects telah menghasilkan satu mesin yang sangat berkuasa dan ini dapat dibuktikan pada 2014 dimana ia telah memecahkan rekod kelajuan tertinggi untuk TT Zero pada kelajuan 117.366mph (187.786kph).
Saksikan sendiri kelajuan yang menakutkan dan bunyi jeritan motor elektrik yang bingit dalam video di atas. John McGuinness adalah joki Mugen Shinden (2014) ini dan berjaya memecahkan rekod lap.
Berikut adalah maklumat mengenai Mugen Shinden Projects:
Struktur pasukan
Nama
Pelumba
Mesin
Wakil / Pengarah
TEAM MUGEN
John McGuinness
SHINDEN GO
Wakil: Satoshi Katsumata
Pengarah: Akihiro MIyata
Bruce Anstey
[TEAM MUGEN TT Zero Challenge results 2012-2015]
Year / Machine
John McGuinness
Bruce Anstey
Ranking
Average Speed (mph)
Time
Ranking
Average Speed (mph)
Time
2012 / SHINDEN
2
102.215
22’08″850
–
–
–
2013 / SHINDEN NI
2
109.527
20’40″133
–
–
–
2014 / SHINDEN SAN
1
117.366
R
19’17″300
2
115.048
19’40″625
2015 / SHINDEN YON
1
119.279
R
18’58″743
2
118.857
19’02″785
Spesifikasi Teknikal (SHINDEN GO) 2016
Total length / full width / height (mm): 2,125 / 680 / 1,130
Minimum ground clearance (mm): 130
Seat height (mm): 810
Vehicle weight (kg): 250
Tire (front): 120 / 70ZR17M / C (58W)
Tire (after): 200 / 55ZR17M / C (78W)
Frame: CFRP monocoque frame
Motor Format: oil-cooled three-phase brushless motor
Maximum output (kW [ps]): 120 [163.2]
Maximum torque (N · m [kgf · m]): 210 [21.4]
Battery Specifications: laminate-type lithium-ion battery
Battery output voltage (V): 370 or more
Smiley Syazzy
walaupun elektrik tapi bunyi bising
teringat game token zaman 90an ni dulu Manx TT Super Bike
teringat game token zaman 90an ni dulu Manx TT Super Bike
Dan xkn jejak bumi Malaysia
Yg nie RC versi eletrik..