Umum sedia maklum Malaysia ketika ini sedang dilanda gelombang haba yang dikenali sebagai fenomena El Nino. Situasi tersebut cukup serius ketika ini dengan kerajaan sedang pertimbang untuk mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat. Setajat 15 Mei 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merekodkan 15 kes strok haba dengan satu kematian…
Tag: ride
Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…
Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu. Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai. Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.
Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita. Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal. Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017 membawa kami ke “Tip of Borneo” dan Kundasang. Kumpulan terakhir motosikal peserta tiba tepat pada masanya untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Konvoi ini akan membuat hentian pertamanya di Kawasan Perlindungan Orangutan di Sepilok, dalam perjalanan ke sandakan.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Kota Kinabalu, Sabah, 1 November 2017 – KMOG (KTM Malaysia Owners Group) Borneo Ride 2017 bermula semalam. Tunggangan ini akan bermula Kota Kinabalu, Sabah, menuju ke Kuching, Sarawak dalam masa sepuluh hari. KMOG Borneo Ride 2017 ini akan menguji kebolehan dan reliabiliti motosikal adventure KTM.
Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu. Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia. Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.