Ducati Dengan Rasminya Meperkenalkan Enjin V4 Desmosedici Stradale – 210hp!

  • Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano.
  • Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm.
  • Varian jalanraya akan mempunyai sesaran sebanyak 1,103cc manakala sebuah versi “R” akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk bertanding dalam WorldSBK.


Fajar sebuah era yang baru bagi motosikal pengeluaran premium Ducati telah pun tiba! Ducati telah secara rasminya memperkenalkan enjin V4 Desmosedici Stradale yang baru yang akan menjana motosikal mereka yang bakal muncul tiba, Ducati Panigale V4. Enjin ini merupakan enjin versi jalanraya sebuah penjana kuasa yang telah dihasilkan atas usaha mereka dalam MotoGP, Ducati Desmosedici.

Membuat kemunculan rasminya di Misano untuk GP San Marino beberapa jam yang lalu, Ducati akhirnya telah mengesahkan bahawa motor Desmosedici “Jalanraya” baru mereka ini mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm. Si buas yang ganas ini mempunyai lima kuasa kuda lebih daripada Ducati 1299 Panigale R.

Ducati juga telah menerangkan bahawa enjin V4 90-darjah dengan injap desmodromik ini sebenarnya mempunyai sesaran pada 1,103cc untuk varian jalan raya. Memandangkan ianya tidak akan dibenarkan dalam siri WorldSBK di mana mereka mempunyai peraturan sesaran yang ketat, Ducati juga akan turut membina motosikal Ducati Panigale V4 R pada tahun 2019 dengan enjin 1000cc yang berbeza.


Dengan itu, kita dapat rumuskan yang motosikal Panigale V4 akan muncul dengan beberapa varian yang berbeza dengan pelbagai perbezaan termasuklah kapasiti enjin. Sebabnya adalah enjin yang lebih besar untuk versi jalanraya direka bagi membantu daya kilas tahap pertengahan untuk prestasi penunggangan keseluruhan yang lebih baik.

Aturan pembakaran bagi Desmosedici Stradale telah pun diatur bagi meniru gaya unik enjin V-berkembar Ducati. Atas jasa pin aci 70 darjah dan aturan pembakaran omboh 0-90-290-380 “Twin Pulse”, ia bagaikan terdapat dua enjin V-berkembar yang bergerak dengan seiring dan bukannya sebuah enjin V4 yang bergerak secara sendirian.

Aturan pembakaran yang baru beserta dengan aci engkol putaran berlawanan yang telah dilengkapkan untuk memberikan cengkaman mekanikal yang lebih jitu, mengurangkan ‘rear wheel lift‘, dan meningkatkan lagi prestasi keseluruhan sewaktu pecutan deras.

Satu lagi ciri yang hebat telah diperkenalkan berkaitan dengan enjin ini serta motosikalnya (Ducati Panigale V4) yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini semasa EICMA adalah enjin itu sendiri akan menjadi sebahagian besar keseluruhan casis motosikal itu. Ke semua komponen seperti sub-rangka, lengan buai, dan kotak udara akan dipaut secara tersu di atas enjin itu.

Dibentuk menggunakan tuangan terap aluminium, aluminium disadur dengan Nikasil, dan tuangan terap magnesium, enjin Desmosedici Stradale ini menghasilkan 210hp namun ianya hanya seberat di bawah sedikit sahaja dari tahap 65kg. Walaupun enjin itu telah disuntik dengan DNA perlumbaan terbaik Ducati, ia masih mengikuti selang perkhidmatan standard seperti mana-mana motosikal pengeluaran Ducati yang lain apabila ianya tersedia.

Buat masa ini, nikmatilah video yang menarik ini menunjukkan enjin berkenaan meniru bunyi pusingan di litar Mugello. Cukup indah sekali.

Sumber imej: Ducati

 

Leave a Reply