Adakah Ini Motosikal Superbike Ducati Panigale V4 Yang Baru?

  • Telah terbit satu gambar yang menarik yang tersebar di beberapa buah platform media sosial yang mengatakan ianya mungkin sekali sebuah motosikal superbike Ducati Panigale V4.
  • Dijana oleh enjin V4 “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”, enjin ini bakal diperkenalkan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan MotoGP di Misano.
  • Walaupun motosikal itu sudah pun pecah tembelangnya disebabkan oleh gambar berkenaan, perasmiannya masih lagi mungkin akan dibuat pada penghujung tahun ini semasa Pertunjukan EICMA di Milan, Itali.

Semakin hari semakin kita mendekati pusingan MotoGP uang berikutnya di Misano di mana Ducati telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan enjin V4 terbaru dari mereka yang telah dinamakan “Desmosedici Stradale”, telah timbul pula satu gambar yang tersebar luas di seluruh media sosial menunjukkan apa yang telah dikatakan sebagai sebuah motosikal superbike pengeluaran Ducati V4 yang baru itu.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai enjin V4 “Desmosedici Stradale”, TEKAN SINI.

Orang ramai telah pun berkongsi-kongsi serta menyebarkan gambar berkenaan dengan meluas di beberapa buah platform media sosial dan jika diteliti gambar motosikal Ducati dengan rupabentuk yang unik ini, ia mempunyai banyak persamaan dengan motosikal uji Ducati V4 yang pernah kita semua lihat dalam beberapa gambar intipan serta video yang menunjukkannya diuji di atas litar.


Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar intipan serta video yang menunjukkan aksi motosikal superbike Ducati V4 yang bakal tiba ini, TEKAN SINI.

Di antara perbezaan yang jelas ketara di antara motosikal yang ada di dalam gambar di atas dan motosikal Ducati Panigale V-berkembar adalah rekabentuk badannya, tangki bahanapi, dan rekaan casis terlindungnya. Perubahan yang paling ketara sekali sudah pasti pada reraup hadapan berdekatan dengan lampu hadapan di mana kami merasakan yang ianya dibentuk bagi membolehkan aliran udaran tambahan pada rekaan enjin dan motosikal baru berkenaan.

Ducati Desmosedici RR 2007

Naluri kami dengan kuat sekali mengatakan yang mereka hanya akan memperkenalkan enjin Desmosedici Stradale pada hujung minggu ini di Misano manakala keseluruhan motosikal superbike yang baru itu akan membuat kemunculan julung kali secara rasminya pada penghujung tahun ini semasa Pertunjukan EICMA di Milan, Itali. Persoalannya ialah adakah kita mampu menunggu selama dua bulan lagi selepas mereka memperkenalkan kepada kita enjin V4 yang baru ini pada hujung minggu ini. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini mengenai Ducati.

 

Leave a Reply