Video Superbike Ducati V4 Tersebar!

 

  • Media permotoran dari Belgium, MaxxMoto telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebuah superbike Ducati V4 yang baru melakukan beberapa pusingan di atas litar ujian.
  • Superbike keluaran Ducati janaan V4 yang akan muncul tiba ini mempunyai runut bunyi yang hampir sama dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun Honda RC213V.
  • Ia juga boleh dianggapkan yang Ducati yang baru ini akan menggunakan turutan pembakaran enjin “big bang” yang memberikan pengalaman menunggang yang amat unik berbanding dengan aturcara enjin V4 yang biasa.

Sumber imej: MCN

 

Satu laporan yang baru dikeluarkan oleh media permotoran dari Belgium, MaxxMoto menunjukkan yang mereka sedang mengikuti dengan rapat perkembangan motosikal superbike Ducati V4. Dalam sebuah video terbaru mereka, ianya kelihatan seperti mereka telah berjaya mendapat sekilas pandangan pengganti Ducati Panigale empat-silinder yang sedang diuji di atas litar ujian.

Sumber imej: Jakusa Design

Dalam pautan video di bawah, runut bunyi yang telah dihasilkan oleh jentera Ducati janaan V4 yang baru ini kedengaran agak serupa dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun sebuah Honda RC213V-S. berdasarkan apa yang telah kita ketahui sebelum ini, kami boleh membuat rumusan yang motosikal superbike Ducati yang bakal tiba nanti akan menggunakan turutan pembakaran enjin “big bang”.

Satu lagi fakta yang boleh ditambah di sini adalah penjana kuasa V4 terbaru Ducati ini merupakan hasil gabungan enjin Superquadro dan Desmosedici dengan teknollogi injap Desmodromic. Anda boleh baca semula laporan pertama kami DI SINI.


Kami yakin bahawa butiran lanjut mengenai motosikal ini akan disebarkan pada masa terdekat. Bagi pelancaran rasminya, kita mungkin harus menunggu sehingga hujung tahun ini apabila mereka menyingkap tirai motosikal superbike Ducati V4 ini pada pertunjukan EICMA tahun ini pada bulan November nanti.

Jika kita bernasib baik, kita mungkin dapat melihatnya dengan lebih awal kerana terdapat juga khabar yang mengatakan yang ianya akan dilancarkan pada bulan hadapan semasa pusingan MotoGP Misano. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, TEKAN SINI.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya bagi perkembangan terkini dunia permotoran.

Leave a Reply