BMW Motorrad Malaysia Akan Melancarkan BMW G 310 R, BMW S 1000R Dan BMW R 1200 GS Adventure Terbaru Di Acara BMW Motorrad GS Trophy Hujung Minggu Ini!

 

 

  • Bersempena dengan Pusingan Kelayakan peringkat Asia Tenggara, Malaysia BMW Motorrad GS Trophy 2017, BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan tiga model serba baru.
  • Model-model ini adalah BMW G 310 R, BMW S 1000 R, dan juga BMW R 1200 GS Adventure.
  • Pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara, Malaysia yang akan diadakan di Litar Motocross Sepang merupakan laluan ke pertandingan motosikal Enduro amatur yang tersohor di dunia.

 

BMW Motorrad Malaysia bakal mempersembahkan tiga buah motosikal premium terbaru mereka pada Pusingan Kelayakan Asia Tenggara, Malaysia BMW Motorrad GS Trophy 2017 pada hujung minggu ini, 12 dan 13 Ogos 2017 di Litar Motocross Sepang.

Pertandingan motosikal kembara bertaraf antarabangsa ini diadakan bagi memilih wakil negara daripada 40 orang peserta yang menyertainya. Pemenang bakal mewakili Negara bersama dengan dua orang lagi penunggang lain yang akan membentuk pasukan yang mewakili Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada tahun hadapan.

BMW G 310 R serba baru – Roadster BMW bawah 500cc.

Dengan enjin satu silinder, ringan dan prestasi dinamik berkuasa, BMW GS 310 R serba baru ini menonjolkan perwatakan sebenar sebuah motosikal roadster BMW. Gambaran tepat sebuah motosikal yang pragmatic, motosikal premium dari BMW ini menawarkan apa yang diperlukan untuk prestasi dinamik dan juga keselesaan tidak kira di atas jalan kota raya  mahupun di laluan yang lebih mencabar.

Menjelmakan konsep sebenar keseronokan menunggang, motosikal roadster terbaru ini memperkenalkan enjin satu silinder, empat lejang, DOHC, suntikan bahanapi elektronik, sejukan cecair, 313cc yang baru dibangunkan. Kapasitinya yang sebesar 313cc adalah hasil daripada gereknya pada 80 milimeter dan lejang 62.1 milimeter.

Perincian yang cukup menonjol pada enjin ini adalah silindernya yang telah diletakkan dalam kedudukan yang terbalik dengan rekaan dek terbuka, dengan kepala silindernya yang dipusingkan sehingga 180 darjah. Ini membolehkan salur masuknya diposisikan di hadapan, jika dilihat dari arah pergerakannya. Dengan janaan kuasa sehingga 34hp pada 9,500rpm dan 28Nm tork pada 7,500rpm, enjin G 310 R ini merupakan pasangan yang dinamik bagi jentera dengan berat bersih 158.5kg.

Dari segi suspensinya pula, motosikal G 310 R ini didatangkan dengan kerangka tiub besi yang tegar dengan kilasan yang keras dalam struktur grid dengan rangka belakang jenis ‘bolt-on’. Suspensi roda hadapan dilengkapi dengan fork terbalik, manakala bahagian belakangnya delingkapkan dengan lenganbuai aluminium serta topang gegelung (spring strut) yang dipautkan terus ke atasnya.

Seperti mana motosikal BMW yang lain, G 310 R baru ini didatangkan dengan system brek ABS sebagai kelengkapan standard. Ia menggabungkan sebuah system brek yang berkuasa dengan ABS dwi-saluran. Roda hadapannya dilengkapi dengan brek cakera tunggal bersama angkup empat omboh dan cakera brek 300 milimeter untuk memastikan daya henti yang stabil dan meyakinkan. Pada bahagian belakangnya, fungsi ini disempurnakan oleh angkup terapung dua omboh bersama cakera brek 240 milimeter. Gugusan instrument G 310 R ini terdiri daripada paparan cecair kristal yang menawarkan kejelasan yang terbaik dengan pelbagai jenis maklumat.

Merapatkan jurang di antara kejuruteraan lampau dan kejuruteraan masa hadapan BMW Motorrad, pemetaan enjin BMW G 310 R serba baru ini telah ditala semula bagi mematuhi piawaian Euro4. Penggunaan bahanapinya kekal pada 3.3 bagi setiap 100km. Pada masa yang sama, pengudaraan tangki juga telah dipertingkatkan dengan adanya pengubah bermangkin gelung tertutup 3-cara.

BMW G 310 R akan dilancarkan secara rasmi pada acara Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara dan bakal berada di semua bilik pameran sah BMW Motorrad bermula minggu hadapan.

BMW S 1000 R – Penanda aras sebuah roadster yang dinamik dalam segmen ini.

BMW S 1000 R ini bercirikan sebuah enjin sejajar empat silinder, 999cc yang telah terbukti. Diadaptasi untuk memenuhi ke semua peraturan Euro4, motosikal terbaru BMW Motorrad ini menjana 165hp pada 11,000rpm, 5hp lebih tinggi dari sebelumnya, dan dengan berat bersih 205kg, ianya 2kg lebih ringan dari model terdahulu .

Pembangunan selanjutnya pada enjinnya termasuklah masukan yang dioptimumkan serta bunyi ekzos. Dan dengan penggunaan peredam HP titanium sebagai standard, S 1000 R ini menghasilkan bunyi yang lebih menggujakan.

Motosikal BMW S 1000 R ini kini didatangkan dengan dua warna pilihan tambahan yang baru, iaitu Catalano Grey dan Racing Red/Black Storm. Seiring dengan kejuruteraan berpaksikan masa hadapan BMW Motorrad, roadster dinamik ini kini hanya seberat 205kg, 2kg lebih ringan dari model terdahulu. Pengurangan berat itu dicapai dengan penggunaan peredam ekzos HP titanium yang dilengkapkan sebagai standard.

BMW S 1000R juga telah didatangkan dengan ciri penyahgetaran pad palang pemegangnya, yang mengurangkan walaupun sekecil getaran yang disalurkan ke penghujung palang pemegang, lalu membolehkan pengendalian serta penunggangan yang lebih baik dan selesa.

Untuk penyesuaian yang optimum kepada kebiasaan penunggang, S 1000 R yang baru ini kini didatangkan dengan dua mod menunggang dan juga ASC (Automatic Stability Control) sebagai ciri standard. Dengan mod penunggangan “Rain” dan “Road”, S 1000 R boleh disesuaikan dari segi kuasa dan tork dan juga dari segi tindak balas kawalan ciri Race ABS dan ASC dalam sebarang keadaan permukaan jalan raya. Ianya merupakan kelebihan keselamatan yang penting apabila menunggang di atas permukaan yang berubah-ubah.

Palang pemegang berciri nyah-getaran memastikan keselesaan semasa menunggang S 1000 R terbaru ini. Ianya cukup berkesan dalam mengurangkan getaran yang menuju ke penghujung palang pemegang. Bahagian atas ‘fork bridge’ juga direka baru untuk sambungan ini.

Paras S 1000 R baru yang dinamik ini ditrampilkan pada konsep warna baru yang terdiri daripada dua skema warna; Racing Red/Black Storm dan Catalano Grey. Dalam warna Racing Red/Blackstorm, S 1000 R ini menonjolkan perwatakan yang sporty dan garang, namun pada masa yang sama menguatkan lagi posisinya selaku peneraju dari segi prestasi dalam segmen roadster dinamik. Catalano Grey pula memberikan S 1000 R terbaru ini rupa paras yang berkuasa dan mengancam, menterjemahkan kombinasi teknologi dan prestasi dinamik dengan penuh kejantanan.

BMW R 1200 GS Adventure – Terunngul pada semua permukaan bumi.

Seperti ke semua model BMW Motorrad yang bercirikan enjin ‘boxer’ sejukan cecair, BMW R 1200 GS Adventure terbaru ini juga telah dibangunkan dengan peredam getaran pada aci keluaran transmisi. Ciri yang baru ini terdiri daripada pemilih gerak gelendong yang diperbaiki, aci transmisi, galas aci transmisi, dan juga lampu penunjuk OBD pada kokpit.

Buat pertama kalinya, “Triple Black” – versi istimewa BMW R 1200 GS Adventure telah mengukuhkan lagi tradisinya. BMW Motorrad Malaysia memenuhi keinginan ramai pelanggan dengan mendatangkan model travel endure ini dalam kemasan serba hitam.

Pelindung tangki tengah, penutup ruang simpanan, dan madgad hadapan dalam warna Blackstorm bersama panel sisi tangki dengan warna Dark Slate memberikan model travel endure berlegenda ini satu penampilan yang sangat maskulin. Perincian terhadap aspek teknikalnya diserlahkan lagi menerusi kerangka hadapan dan belakang dalam warna Agate Grey bersama dengan kombinasi enjin, kotak gear, dan lenganbuai berwarna hitam.

Pelananya yang baru diwarnakan hitam dengan sulaman GS pada bahagian pelana pembonceng melengkapkan lagi ciri R 1200 GS “ Triple Black” baru ini.

Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara Malaysia

Pada hujung minggu ini (12 dan 13 Ogos 2017), BMW Motorrad Malaysia mempelawa orang ramai untuk ke Litar Motocross Sepang untuk menyaksikan pertandingan endure bagi memilih wakil Negara untuk cabaran BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada 2018.

Pertandingan ini juga menampilkan enam peserta dari Singapura yang akan bersaing untuk tiga tempat dalam Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS di Thailand pada bulan hadapan.

Pelbagai model BMW Motorrad turut disediakan bagi sesi tunggang uji sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Harga yang telah dipinda (di atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST) bagi motosikal bara BMW Motorrad adalah:

BMW G 310 R                                  –                       RM26,900.00

BMW S 1000 R                                 –                       RM92,900.00

BMW R 1200 GS Adventure           –                       RM116,900.00

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply