John McGuinness Disyaki Patah Kaki Selepas Kemalangan Di Perlumbaan North West 200

  • John McGuinness atau juga dikenali sebagai “The King of The Mountain” dilaporkan telah mengalami kemalangan semasa sesi latihan di perlumbaan North West 200.
  • Pasukan Honda Racing-nya telah memuatnaik satu tweet yang juara 23 kali Isle of Man TT itu sedang dalam perjalanannya ke hospital dan berkemungkinan telah patah kaki kanannya.
  • Status perlumbaan McGuinness bersama dengan Guy Martin di Isle of Man TT 2017 pada penghujung bulan ini menjadi tanda tanya buat si ‘Morecombe Missile”.

John McGuinness (legenda TT Honda) meraikan kemenangan Isle of Man TT-nya (Sumber imej: Stephen Davison)

Semakin kita menghampiri tarikh perlumbaan Isle of Man Tourist Trophy 2017, telah tersebar pula satu berita yang kurang menggembirakan dalam dunia perlumbaan jalanan dimana John McGuinness atau juga dikenali sebagai “The King of The Mountain” terlibat dalam satu kemalangan semasa perlumbaan North West 200 ketika sesi latihan petang kelmarin, menurut laporan yang dibuat oleh BBC.

Sumber imej: IOMTT

Selepas kemalangan berkenaan, juara 23 kali Isle of Man TT itu dikatakan dalam keadaan sedar dan sedang dalam perjalanan ke hospital di Ireland Utara dengan apa yang telah disyaki sebagai kecederaan patah kaki menurut pasukan McGuinness, Honda Racing Team yang telah memuatnaik satu tweet tentang insiden itu.


Penganjur perlumbaan North West 200 juga telah menyatakan bahawa pelumba jalanan berusia 45 tahun itu telah dibawa ke Royal Victoria Hospital yang terletak di Belfast untuk rawatan lanjut. Terdapat 15 bahagian pada litar lumba jalanan ini dan John McGuinness terlibat dalam kemalangan di bahagian Primrose Hill sejurus sebelum sesi latihan itu dijadualkan berakhir.


Buat masa ini kami belum pasti lagi tentang keadaan sebenar legenda Isle of Man TT ini, status perlumbaannya dengan jentera barunya Honda CBR1000RR Fireblade SP2 bersama dengan teman sepasukan barunya, Guy Martin, kini menjadi samar-samar kerana acara tahun ini telah dijadualkan untuk bermula pada penghujung bulan ini, pada tarikh 27 Mei 2017.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pasukan impian Honda bagi Isle of Man 2017.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Leave a Reply