Honda NM4 Kembali Untuk Tahun 2017

  • Honda NM4 dijanakuasa oleh enjin sejukan cecair, selari-berkembar, SOHC 670cc.
  • Kesemua kuasanya diarah ke roda belakang melalui enam kelajuan automatik serta dua tatacara automatik dan tatacara manual yang juga dikenali sebagai DCT (Transmisi Dwi Klac).
  • Boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada bulan Jun ini dengan harga $11,299 (sekitar RM50,130)


Honda telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kembali motosikal NM4 bagi tahun 2017. Menjelma semula sebagai salah satu keluaran utama pengeluar Jepun itu untuk tahun 2018, NM4 adalah antara yang pertama yang telah diumumkan dan disahkan oleh Honda.

Bagi mereka yang sudah menonton filem ‘Ghost in the Shell’ yang dibintangi Scarlett Johansson akan menyedari yang motosikal yang digunakannya di dalam filem itu juga dikenali sebagai Honda NM4 Vultus.


Kita sudah sedia maklum yang Honda tidak pernah gentar untuk mencabar pandangan semasa tentang motosikal sejak sekian lama lagi, sama ada dari segi rupa mahu pun prestasi. Mereka juga sering menongkah arus pemikiran yang jenis motosikal tidak perlu terbatas pada satu gaya atau pun segmen sahaja. Honda NM4 adalah sebuah gambaran sempurna budaya ini kerana ianya merupakan gabungan antara cruiser futuristik yang licik serta berfungsi bagaikan sebuah skuter.

NM4 yang sedia ada telah dilengkapi dengan enjin sejukan cecair selari berkembar SOHC 670cc yang memacu seluruh kuasa ke belakang roda melalui enam kelajuan automatik dengan dua tatacara automatik dan tatacara manual. Ia juga dikenali sebagai sistem DCT (Dual Clutch Transmission – Transmisi Dwi Klac) Honda. TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa dan bagaimana sistem DCT Honda ini berfungsi.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran Motosikal Honda Amerika, “Dari masa ke semasa saban tahun, Honda telah merintis laluan dengan model gaya diluar kebiasaan seperti Pacific Coast, Rune, Big Ruckus serta DN-01,”

“NM4 juga dibina dengan tradisi yang sama, walaupun ianya bukan citarasa untuk semua, itulah tujuan utamanya; model ini telah terbukti sebagai kegemaran pengguna dari segmen tertentu yang terdiri dari demografik yang berbilang ahlinya, sama ada millennial yang celik teknologi mahu pun pengembara tegar dan wanita. Mereka yang memilik NM4 seringkali menggunakan ia sepenuhnya, jadi kami sangat senang hati untuk menyambut ketibaan motosikal jalanan pertama kami bagi 2018.”

Buat masa kini, kami tidak sama ada bila (atau jika) generas terbaru NM4 ini akan tiba di tanah air kita, yang pasti ia akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat bermula pada bulan Jun 2017. Harga permulaannya? $11,299 (sekitar RM50,130 selepas pertukaran matawang).

Sumber gambar: American Honda

Leave a Reply