Malaysian Cub Prix 2017,Tangkak Johor: Kasma dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Menang Kali Kedua berturut-turut

KASMA BERSEDIA UNTUK KE SEPANYOL
SH: Juarai perlumbaan CP150 buat kali kedua berturut-turut

Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’14.809s, tujuh saat dihadapan pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15’20.996s.  

Sementara itu, Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) meraih podium pertama buat pasukan yang beraksi buat kali pertama dalam kelas perdana dengan masa 15’24.089s setelah bersaing sengit sehingga ke garisan penamat bersama Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ dan rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan.

“Perlumbaan hari ini tidak semudah yang disangka. Walaupun selesa di hadapan, saya terpaksa bekerja keras uuntuk mengawal tayar disebabkan permukaan litar yang licin dan cuaca yang panas. Tayar tidak begitu mencengkam menyebabkan dan agak mencabar untuk saya mengekalkan kelajuan,” jelas Kasma.

Sementara itu, Adib yang berada di tempat kedua mengakui agak sukar untuknya mengejar Kasma yang jauh dihadapan. “Saya tidak berani untuk cuba merapatkan jurang dengan Kasma kerana terdapat permukaan litar yang sudah rosak dan keadaannya semakin lama semakin teruk. Menyedari pelumba lain jauh di belakang, saya hanya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Adib.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meneruskan penguasaan dalam saingan CP115 apabila Mohd Akid Aziz turut meraih kemenangan kedua berturut-turut manakala Mohd Haziq Fairues menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Akid mempamerkan aksi menakjubkan apabila muncul juara dengan masa keseluruhan 11’54.345s sekalipun sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan kedua.


Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS SPrinta Yamaha-CKJ) muncul naib juara dengan masa 11’56.690s manakala Haziq dengan masa 11’56.787s.

Perlumbaan kelas Wira menjadi milik duo PETRONAS Sprinta Yamaha-AFB Tech, Md Aiman Tahiruddin yang muncul sebagai pemenang setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 9’40.633s, diikuti Md Khairi Asyraf Mahmood, 9’42.552s dan Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) ketiga, 9’46.410s.

Sebahagian pelumba kebangsaan akan beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Pasir Gudang, Johor, 1 dan 2 April ini manakala Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 akan berlangsung di Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei 2017.

Keputusan Perlumbaan Akhir:
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 15’14.809s
2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 15’20.996ss
3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha 15’24.089s
4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 15’24.427s
5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 15’25.214s

Kedudukan Keseluruhan
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 50 mata
2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 29 mata
3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha 26 mata
4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 26 mata
5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 25 mata

CP115
1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’54.345s
2. Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’56.690s
3. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 11’56.787s
4. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 11’59.374s
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) Yamaha 11’59.996s

Kedudukan Keseluruhan
1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 50 mata
2. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 36 mata
3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 31 mata
4. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 26 mata
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) Yamaha 20 mata

WIRA
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 9’40.633ss
2. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 9’42.552s
3. Md Syarifuddin Azman (SGR) Honda 9’46.410s
4. Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha 9’50.405s
5. Md Daniel Syahmi (TRG) Yamaha 9’50.613s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 41 mata
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 33 mata
3. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 31 mata
4. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 28 mata
5. Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha 26 mata

30 Replies to “Malaysian Cub Prix 2017,Tangkak Johor: Kasma dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Menang Kali Kedua berturut-turut”




  1. 0



    0

    Tu beza dgr kata org dengan sendiri bawak sendiri rasa,bg aku y15zr dan rs150 kelajuan sma je,tp dari keselesaan bg aku y15zr,posisi duduk dia selesa berbanding rs150,rs150 gegar bila laju,pstu tmpt duduk terlalu tinggi…y15zr plak yg aku xsuka,seat dia keras,pastu fork depan lembut sgt




  2. 1



    0

    Kalau dah 7 saat kat depan dengan litar licin, memang betul2 rider ada skill… Cerah harapan saing Moto 3 pula.

    Nak compare ikut motor pun, tak de beza sangat pun dohc ke sohc ke…. Ni bukan main race style budak2 tengok top speed siapa lagi tinggi




    1. 0



      0

      Haha… baru 2 pusingan min… Maybe team Honda x dpt lagi tune yang betul. Kalau ikut on paper performance x jauh beza tapi maybe dari segi power delivery ada kelemahan sikit untuk mesin Honda. Kita tunggu next round macam mana pula.

      <-fanboi Honda yg pakai Yamaha




  3. 0



    0

    Rider yg menggunakan rs150 pn hebat jg. Pomen2 honda perlu bkeja lebih ckit cr formula nk lawan yamaha. Hujung minggu ni kita tengok ARRC. Adakah yamaha masih hebat long distance racing…. yg pasti Kasma akan menyengat kt CEV REPSOL nanti.

Leave a Reply