2017 Honda NM4 bertema “Ghost In The Shell”

Honda memperkenalkan NM4 yang berkonsep masa depan terdekat dengan tema dari francais Hantu di Dalam Cangkerang (Ghost in the Shell).

Ghost in the Shell merupakan satu karya sains fiksyen yang merujuk kepada masa hadapan dimana manusia menggunakan alat gantian anggota badan yang diperbuat dari mesin. 

Mesin ini boleh diganti kepada manusia secara satu persatu atau secara keseluruhannya. Apa yang menjadi masalah adalah satu keadaan dimana penggodam dapat masuk ke dalam manusia/mesin dan mengawalnya.

Honda NM4 merupakan jentera berkapasiti 745cc yang dilengkapi dengan sistem transmisi klac berkembar (Dual Clutch Transmission). Honda NM4 pernah hadir ke Malaysia secara impot pada harga asas RM84,000.

Filem Ghost in the Shell yang dibintangi oleh Scarlett Johansson ini sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan konsep cerita yang menarik ini dengan jentera NM4, pastinya berbaloi untuk anda tonton.

Key features of the NM4

・Length×Width×Height (mm) 2,380×810×1,170
・Seat Height (mm) 650
・Engine Type Liquid-cooled 4-stroke OHC inline 2-cylinder engine
・Displacement (cm3) 745
・Transmission Dual Clutch Transmission (standard equipment)
・Tires Front: 120/70ZR18M/C (59W)
Rear: 200/50ZR17M/C (75W)

Sumber: Young Machine FB

One Reply to “2017 Honda NM4 bertema “Ghost In The Shell””

Leave a Reply