2017 Aprilia RSV4 R FW-GP – jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP

Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP.

Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa iaitu pada 78mm. Secara teorinya ini akan meningkatkan nisbah mampatan dan pada masa yang sama juga akan meningkatkan sedikit kapasiti enjin. 

Enjin V pada 65 darjah ini dengan 4 silinder menggunakan sistem injap penumatic; iaitu sistem injap berasaskan tekanan udara menggantikan spring injap yang biasanya dibuat dari wayar keluli. Maklumat lebih lanjut mengenai injap pneumatic boleh didapati disini; scarbsf1, MattOxley, MotoGP.

Setiap pembelian jentera ini akan disertakan dengan set jaket lengkap perlumbaan Aprilia dan pas ‘paddock’ untuk setiap minggu perlumbaan MotoGP. Selain itu, pemilik juga akan dijemput ke Hari Trek Aprilia dimana jurutera Aprilia akan hadir dan membantu untuk menyelaras jentera FW-GP ini untuk disesuaikan untuk setiap pemiliknya.


Ini adalah salah satu usaha yang baik dari Aprilia untuk membawa pemilik jentera mereka ke tahap maksimum penggunaan jentera mereka.

Harga tidak pula dinyatakan, namun ada orang kata ‘kalau anda tanya harganya, mungkin anda tak mampu membelinya’… orang kata la…

Sumber: http://www.aprilia.com/en_EN/news/2016/RSV4-Factory-works-FW-GP/

Gambar dari BikesRepublic

Leave a Reply