2017 Suzuki GSX-S150 di Indonesia

gsx-150r171

Selain dari jentera reraup penuh, Suzuki GSX-R150, Suzuki turut memperkenalkan GSX-S150 dalam kategori jalanan yang tampak ringkas namun masih cukup mengujakan bagi peminat jenama dari Hamamatsu ini. Jentera ini berkongsi enjin yang sama dengan Suzuki GSX-R150. Melihat kepada kebangkitan pasukan Suzuki ECSTAR dalam siri perlumbaan MotoGP, tidak mustahil Suzuki akan bangkit sekali lagi di Asia dan meniti di bibir peminat sekalian. 


Terdapat 4 pilihan warna termasuk warna dengan grafik khas yang menyamai pasukan Suzuki ECSTAR. Jentera ini menerima enjin  berkapasiti 147.3cc dengan kotak gear 6-kelajuan. Setakat ini tiada maklumat mengenai kuasa kuda dan daya kilas.

lcd-speedometer

 

Suzuki GSX-S150 ini dilengkapi dengan sistem penghidup mudah panel meter sepenuhnya digital mempunyai pelbagai data untuk dipaparkan termasuklah penunjuk kedudukan gear yang bagi saya, penting.

Jentera ini telah dilancarkan di Indonesia dan tidak dapat dipastikan samada akan masuk ke Malaysia atau tidak. Paling kurang, dapat tengok pun jadilah kot.

 

Dimension, Weight
Over all length (mm) 1,975 1,975
Over all width (mm) 670 674
Over all height (mm) 1,070 1,070
Wheelbase (mm) 1,300 1,300
Seat height (mm) 785 785
Ground clearance (mm) 150 150
Riding capacity (people) 2 2
Dry weight (kg) 126 127
Engine
Engine type Water-cooled, 4-stroke Water-cooled, 4-stroke
Valve system DOHC 4-valve DOHC 4-valve
Number of cylinder 1-cylinder 1-cylinder
Engine displacement (cm3) 147.3 147.3
Fuel system FI FI
Transmission 6-speed, return 6-speed, return
Starter system Electric Electric

Nota: Admin dah tulis artikel ini kat sini, dan cuba kemaskini tak dapat pula. Jadi, kena tulis artikel baru untuk Suzuki GSX-S150.

Sumber: http://suzukigsxrs150.com/

Leave a Reply