Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemaskini Yamaha YZF-R25 dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023. Tahun 2023 menyaksikan motosikal ‘sportsbike’ bersesaran 250cc itu datang dengan warna Midnight Star dan Racing Blue. Seperti kebiasaan, setiap pembelian Yamaha R25 2023 dengan harga jualan rasmi RM22,998 ini akan turut disertakan dengan ‘safety disc lock’ Yamaha bernilai RM100. …
Tag: YZF R25
Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) menawarkan dua warna baharu bagi motosikal 250cc paling popular di Malaysia, YZF-R25. Bagi menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik, dua warna tersebut adalah Matte Silver dan Matte Blue. Masih mengekalkan enjin parallel-Twin, DOHC, sejukan cecair, 250cc yang sama, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik antaranya: Fork terbalik untuk pengendalian…
HLYM telah mengumumkan harga bagi model Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Motosikal R25 2019 masih mengekalkan enjin model yang terdahulu. Namun, ia kini didatangkan dengan pelbagai ciri yang baharu.
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal lumba ringan Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Ia menampilkan penggayaan dan panel badan baharu, diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1. Motosikal 2019 ini tidak berubah dari segi mekanikal, kecuali untuk fork terbaliknya.
Sebuah program penggantian kelengkapan telah dimulakan bagi model Yamaha YZF-R25. Kelengkapan berkenaan adalah paip hos radiator dan batang penukar gear pegas kilasan. Hong Leong Yamaha Motor akan menghubungi pemilik unit yang terjejas bermula permulaan Januari 2019.
Model Yamaha YZF-R25/R3 kekal tidak berubah sejak tahun 2015. Telah muncul gambar-gambar di Indonesia yang dikatakan merupakan “YZF-R3 baharu” bagi tahun 2019. Jika Yamaha meneruskan pelan ini, dijangkakan yang ia akan tampil dengan komponen dan penggayaan yang terkini.