Untuk Dijual: Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden!

Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan. Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).

WorldSBK 2018: Jake Gagne Sertai Red Bull Honda Bersama Leon Camier

  Pasukan Red Bull Honda World Superbike Team telah mengumumkan yang penunggang dari Amerika Syarikat, Jake Gagne, bakal menjadi penunggang kedua mereka. Gagne telah menyertai beberapa perlumbaan tahun ini sebagai peserta ‘wildcard’ selepas kehilangan tragis seorang penungggang yang disayangi ramai, Nicky Hayden. Jake Gagne akan bersaing bersama seorang lagi penunggang baru bagi pasukan Red Bull,…