Belum sempat lagi kehangatan pelancaran Toyota GR Supra reda, Mutiara Motor Johor, selaku pengedar sulung berstatus GR Garage, mendedahkan bahawa pemilik pertama jentera tersebut adalah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Menurut perkongsian di Facebook Mutiara Motorsport, difahamkan Sultan Johor telah berkenan dengan pilihan warna Lightning Yellow. Toyota GR Supra A90 telah diperkenalkan di Malaysia…
Tag: Toyota Supra A90
Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020.
Toyota Europe baru sahaja mengeluarkan satu klip video berkenaan dengan model yang ramai sedang menunggu kemunculan rasminya iaitu Toyota Supra baharu. Klip 30 saat yang telah dimuat naik ke laman web YouTube itu focus kepada bunyi Supra generasi baharu yang ikonik dan juga mengujakan.