Suzuki Dedah Gixxer Akan Mendarat Di Malaysia

Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia. Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam. Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc. Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc. Gixxer 150…

Suzuki Malaysia Akan Melancarkan GSX-R Baharu, Persoalannya Yang Mana Satu?

Minggu lalu, Suzuki Malaysia mengumumkan mereka kembali beroperasi setelah lebih sebulan memaklumakn mengenai penutupan operasi. Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) dicanang diambil alih oleh pihak pengurusan sama yang mengendalikan Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) sebelum ini meskipun masih belum ada pengumuman rasmi. Kini, SMSB menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook mendedahkan mereka bakal ‘mengembalikan’ model…

Suzuki Malaysia Kembali!

Suzuki Malaysia kembali di Malaysia setelah lebih sebulan lalu mengumumkan penutupan operasi. Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman sosial Suzuki Malaysia. Berdasarkan pengumuman di media sosial hampir pasti pengambil alihan itu akan berlaku namun maklumat lebih terperinci akan dikeluarkan pihak Suzuki Malaysia dan KMSB yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Sebelum ini, terdapat…

Suzuki Bakal Perkenalkan V-Strom Versi 160cc

Suzuki V-Strom merupakan antara motosikal segmen adventure touring paling popular dalam pasaran dunia ketika ini. Bagaimanapun, ketika ini hanya tiga varian ditawarkan, 650cc dan 1,037cc manakala versi 250cc hanya terhad kepada beberapa pasaran di Australia, Asia dan Eropah. Kini, timbul laporan yang mendakwa V-Strom versi lebih kecil – 160cc – akan dihasilkan dengan dengan rakan…

Suzuki Bakal Perkenalkan GSX-S300 – 29hp, 27.8Nm!

Gambar di atas merujuk kepada sebuah motosikal jenama dari China, Haojue DR300 yang dijual di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara. Haojue DR300 merupakan produk hasil kerjasama Suzuki bersama rakan teknikal dari China, Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co. Difahamkan, model tersebut akan dijenamakan semula sebagai Suzuki GSX-S300 untuk pasaran dunia. Suzuki GSX-S300 ini memiliki enjin 298cc…

MotoGP: Joan Mir Kekal Bersama Suzuki Hingga 2022

Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022. Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu. “Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022. “Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar. “Sasaran…

Iannone Akui Menyesal Tinggalkan Ducati Pada 2016

Pelumba MotoGP Aprilia Racing Team, Andrea Iannone, yang kini digantung 18 bulan susulan gagal ujian doping mengakui menyesal meninggalkan Ducati pada 2016. Pengakuan itu dibuat ketika sesi soal jawab bersama Max Biaggi di laman sosial Instagram. “Jika ada satu perkara yang saya dapat ubah, saya tidak sepatutnya meninggalkan Ducati. “Musim 2015 dan 2016 cukup baik…

AAPE by A Bathing Ape X Suzuki Perkenalkan Model Kereta Jimny!

Tahun lalu, jenama fesyen streetwear Jepun, AAPE by A Bathing Ape telah berkolaborasi dengan Island Motors – pengedar Suzuki di Hong Kong – bagi menghasilkan beberapa buah model Jimny edisi terhad. Jentera terbabit tampil dengan warna ‘camo’ dan logo AAPE by A Bathing Ape berwarna putih. Bagaimanapun, bagi peminat ‘hypebeast’ yang terlepas peluang mendapatkan model…