Shark Helmets telah memperkenalkan helmet replika Shark Race-R Pro Replica Lorenzo Austrian GP MAT, yang juga dikenali sebagai “El Diablo”. Hanya 1,500 buah unit sahaja yang akan disediakan untuk seluruh dunia. Mereka yang berminat untuk memilikinya bolehlah mengunjungi Spartan Concept store yang terletak di Bandar Sunway, Selangor.
Tag: Shark Race R PRO
Koleksi terkini Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan telah diperkenalkan semalam di Spartan Concept Store, Bandar Sunway. Furygan juga telah memperkenalkan jaket menunggang musim panas terbaru yang terdiri daripada sut, sarung tangan, dan kasut but. Bintang MotoGP mereka, Johann Zarco, turut hadir untuk menghiburkan peminatnya dengan satu sesi ‘meet & greet‘.