Pertandingan Motosikal Buatan Khas “Bakat Besi” Kembali Lagi!

Pertandingan motosikal buatan khas paling menaik menarik di Malaysia yang bergelar Bakat Besi telah kembali dan sedia untuk mempamerkan hasil mereka. Pembina dan pengkhusus motosikal yang berbakat dari seluruh negara telah membina motosikal buatan khas mereka sejak beberapa bulan yang lalu. motosikal-motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15 yang dikhususkan telah sedia untuk diperagakan.

Bakat Besi Memperkenalkan Perekabentuk dan Pengubahsuai untuk Pertandingan Pembinaan Motosikal Terulung Di Malaysia!

Pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi telah membuat keputusan akhir mereka dalam pemilihan 12 perekabentuk dan pengubahsuai motosikal bagi Peraduan Reka & Bina. Dianjurkan oleh R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup di bawah naungan Modenas, enam pasukan akan bertanding sesama sendiri untuk membina motosikal buatan khas Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang terbaik. Tiga…

Kajian Mendapati Modenas Pulsar NS200 Menghasilkan Nisbah “kuasa-ke-Ringgit” Terbaik

  Menurut sebuah kaji selidik yang telah diadakan oleh R8der.my, motosikal Modenas Pulsar NS200 telah didapati menghasilkan jumlah kuasa yang tertinggi pada harga yang terendah. Kajian ringkas itu telah dilakukan dengan membahagikan harga motosikal dengan jumlah kuasa kuda yang dihasilkan bagi mendapatkan nisbah “kuasa-ke-Ringgit”. Kedua-dua motosikal Pulsar NS200 dan RS200 menduduki tangga teratas senarai berkenaan…

Pertandingan Motosikal Yang Paling Menarik Di Malaysia Baru Sahaja Dilancarkan!

  Sewaktu dalam keriuhan aksi MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Modenas Malaysia telah mencuri tumpuan dengan pelancaran Bakat Besi, Sebuah program mencari bakat yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk Rekaan dan Kejuruteraan Motosikal. Program ini bertujuan untuk menawarkan para pembina, mekanik, pelajar serta penggemar motosikal satu peluang bagi menjadikan minat mereka sebagai satu…