MotoGP: Valentino Rossi Umum Bersara

Desas-desus mengenai masa depan Valentino Rossi di pentas MotoGP akhirnya terjawab apabila mengesahkan tidak akan meneruskan kariernya di perlumbaan dua roda bermula musim depan. Ini bermakna, Petronas Sepang Racing Team (SRT) merupakan destinasi terakhirnya di kelas premier selepas lebih 30 tahun beraksi di MotoGP. Rossi mengumumkan persaraannya sewaktu sesi sidang media yang berlangsung sebentar tadi…

MotoGP: Vierge Bakal Diangkat Ke Kelas Premier, Damok Ke Petronas Sprinta Racing Musim Depan?

Pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) menjadi topik perbualan ketika ini ekoran status Valentino Rossi dan Franco Morbidelli masih belum dipastikan menjelang musim 2022. Selain isu persaraan, Rossi turut dicanang untuk sertai pasukan miliknya Aramco Racing Team VR46 musim depan manakala Morbidelli dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan factory Yamaha bagi menggantikan Maverick Vinales. Walaupun tiada…

MotoGP: Kisah Valentino Rossi-SRT Berakhir

Kontrak pelumba veteran, Valentino Rossi, bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT), tidak akan disambung musim depan. Perkara itu disahkan prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali. Difahamkan, keputusan untuk tidak menyambung kontrak itu diambil setelah mengambil kenyataan Rossi yang sebelum ini memaklumkan sebarang keputusan hanya akan diambil setelah cuti musim panas. Enggan menunggu terlalu lama ketika…

MotoGP: Rossi Sasar Kelajuan Lebih Baik Di Le Mans

Pelumba pasukan Petronas Sepang Racing Team (PSRT), Valentino Rossi, mengharapkan prestasi yang lebih baik dapat dipamerkan di Le Mans, hujung minggu ini. Rossi sekadar menamatkan aksi di Jerez pada kedudukan ke-17 dua minggu lalu, sekaligus menyaksikan pelumba berusia 42 tahun itu sekadar mengutip empat mata selepas empat pusingan setakat ini. “Hujung minggu ini, saya mahu…

MotoGP: Lorenzo Label Aksi Rossi Di Jerez Sebagai ‘Lembab’

Jorge Lorenzo sekali lagi berkongsi pendapatnya tentang perlumbaan MotoGP di di saluran YouTube 99seconds miliknya. Bekas tiga kali juara dunia MotoGP itu kali ini menganalis persembahan pelumba veteran, Valentino Rossi di GP Sepanyol, baru-baru ini. Seperti video sebelum ini, Lorenzo juga tidak berselindung berkongsi pendapatnya tentang prestasi tujuh kali juara dunia MotoGP itu di Jerez….

MotoGP: Morbidelli Akui Tidak Adil Terpaksa Beraksi Dengan Jentera Lama

Pelumba utama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PSRT), Frano Morbidelli, mengakui adalah tidak adil baginya mengharungi musim 2021 dengan jentera lama. Morbidelli muncul pelumba terbaik Yamaha tahun lalu apabila menamatkan saingan MotoGP 2020 di tempat kedua, hanya dipisahkan 13 mata di belakang juara, Joan Mir. Bagaimanapun, memasuki tahun baru, dia muncul pelumba tunggal Yamaha yang…

Razlan Tolak Pendapat “Duduk Di Belakang Pun Tak Apa” Asalkan Pelumba Tempatan

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali sedar peminat sukan permotoran tempatan mahu pasukan itu diwakili oleh pelumba negara. Rata-rata berasakan Petronas SRT yang sentiasa menguar-uarkan usaha membangunkan bakat tempatan seharusnya mempunyai wakil negara di MotoGP. Bagaimanapun, menurut Razlan pembangunan bakat muda perlukan masa dan kesabaran. “Kami sentiasa membangunkan pelumba muda negara…

Yamaha Perlu Pilih Antara Petronas SRT Dan VR46 Bagi Musim 2022

Yamaha telah pun menandatangani kontrak lanjutan baharu yang menyaksikan pasukan factory itu akan kekal di MotoGP hingga 2026. Tatkala status Yamaha di MotoGP telah pun disahkan, perkara sama tidak boleh diperkatakan mengenai pasukan satelit, Petronas Yamaha Sepang Racing Team. Ini kerana kontrak Petronas-Yamaha akan berakhir hujung musim ini. “Kerjasama tiga tahun bersama Petronas akan luput…

MotoGP: Saya Terkilan Yamaha Letak Rossi Di Petronas SRT – Lorenzo

Tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo, akui terkilan dengan keputusan Yamaha untuk meletakkan Valentino Rossi di pasukan satelit. Rossi bakal memulakan kempen 2021 dengan Petronas Sepang Racing Team (SRT) bergandingan dengan Franco Morbidelli. Rossi berhijrah selepas 15 tahun bersama pasukan pasukan factory Yamaha yang membuat keputusan untuk mengikat pelumba Perancis, Fabio Quartararo, meskipun pada awalnya…