Moto Guzzi Malaysia telah menjemput para pemilik Guzzi ke satu perjumpaan akhir tahun. Ianya merupakan sebuah platform untuk mendapat maklum balas dari pemilik baru dan juga yang sedia ada. Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia juga turut hadir bagi membantu dalam perkara yang berkaitan teknikal.