Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini. Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork. Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.
Tag: Mugen Shinden
Motosikal Konsep Mugen E.Rex telah diperkenalkan semasa Pertunjukan Motosikal Tokyo pada hujung minggu lalu Motosikal konsep off-road ini adalah satu kerjasama antara Mugen dengan Honda