Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo telah mengadakan sidang media mengejut bagi mengumumkan keputusannya untuk bersara, hari ini. Tiga kali juara dunia MotoGP itu, mengumumkan keputusan tersebut sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpelta menjelang GP Valencia, perlumbaan penutup tirai MotoGP musim ini. Meskipun kontrak bersama Honda hanya akan berakhir 2021 namun prestasi terumbang-ambing musim…
Tag: MotoGP
Arena perlumbaan Moto2 musim 2020 bertambah rancak dengan satu lagi penyertaan wakil negara, Kasma Danial Kasmayuddin. Pelumba muda itu disahkan menyertai pasukan ONEXOX TKKR SAG untuk saingan Moto2 musim depan. Laporan tersebut dikongsikan sendiri pasukan ONXOX menerusi tkkr.my semalam. Senario ini menjadikan pelumba berusia 19 tahun itu sebagai wakil ketiga negara yang akan beraksi di…
Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan Honda CBR1000RR Fireblade akan muncul dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada jentera RC213V namun model baharu itu masih mengekalkan enjin empat in-line bagi 2020. Bagaimanapun, jentera baharu ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC). Jentera baharu ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm…
Pengunjung yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2019 semalam disajikan dengan aksi bertumbuk yang berlaku di pintu masuk ke Grandstand. Saksikan video tersebut dibawah: Video berdurasi 23 saat yang dikongsikan Laman Facebook Sukan Star TV terbabit memaparkan seorang lelaki berbaju hitam cuba menendang petugas pintu memakai ves biru….
Baru-baru ini Malaysia diaibkan dengan kes kecurian di tapak pasukan Moto2, Angel Nieto di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beberapa alat ganti antaranya fork depan dan belakang, kaliper brek dan peralatan lain telah dicuri sehingga memaksa Angel Nieto meminjam peralatan pasukan lain. Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, tiga pegawai keselamatan telah pun ditahan pihak polis bagi…
Meskipun kehangatan merebut kejuaraan MotoGP telah pun berakhir di GP Thailand yang menyaksikan Marc Marquez merekodkan kejuaraan keenam MotoGP namun senario itu tidak memadam keterujaan di Shell Malaysia MotoGP, hari ini. Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya melakar kemenangan kedua musim ini selepas memintas Jack Miller seawal lap pertama untuk terus mendominasi perlumbaan sehingga ke lap…
Ada pelbagai perkara yang boleh mencemarkan nama negara dan salah satunya kes kecurian yang menimpa pasukan Moto2 Angel Nieto di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Menurut laporan Lalasport, antara peralatan yang telah dicuri melibatkan kaliper brek, set fork depan dan penyerap hentakan belakang serta komputer riba. Bagaimanapun, menurut pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi, komponen…
Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci meriahkan sesi ‘meet & greet’ di Shell KLIA yang turut dihadiri pemilik Ducati, hari ini. Meskipun berdepan kepadatan jadual namun kedua-dua pelumba itu masih sempat meluangkan masa bersama peminat dengan sesi tandatangan dan bergambar. Kehadiran kedua pelumba bintang itu membuatkan Shell KLIA dibanjiri lautan merah. Kedua-duanya…
Menjelang perlumbaan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung 1 hingga 3 November ini, tourism Malaysia bersama-sama pelumba MotoGP telah mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), hari ini. Antara pelumba bintang yang hadir adalah, Franco Morbidelli, Adam Norrodin, John McPhee, Ayumu Sasaki, Brad Binder, Jorge Martin, Can Oncu, Remy Gardner, Tetsuta…