Pengedar jenama KTM di Malaysia, Eurotech, telah pun melancarkan KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan. KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal yang paling dinantikan tatkala menawarkan ciri berspesifikasi tinggi namun dengan enjin 390cc. Selepas diberi peluang merasai sendiri 390 Adventure ini di Genting Highlands, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai motosikal ‘adventure…
Tag: KTM
KTM telah menyambung kontrak Dani Pedrosa dan Mika Kallio selaku pelumba uji MotoGP bagi musim 2021. KTM membuat peningkatan mendadak selepas mendapatkan khidmat Dani Pedrosa pada 2019 susulan persaraan pelumba itu dihujung musim 2018. Input Pedrosa telah menjadikan jentera RC16 itu merekodkan tiga kemenangan bagi musim 2020 menerusi Brad Binder dan Miguel Oliveira (Tech3). Pengendali…
Meskipun belum dilancarkan di Malaysia, KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal paling laris di pasaran India. Ini kerana selain daripada menawarkan imej ‘adventure’, model ini dilengkapi pelbagai ciri terkini antaranya skrin TFT, ride-by-wire, traction control, cornering ABS dan sistem ‘suspension’ dari WP. KTM juga telah memperkenalkan 250 Adventure baru-baru ini sekaligus memberi orang ramai tawaran…
Pengguna Facebook, Noor Syahirah telah memuat naik ‘posting’ di Facebook menceritakan bagaimana sahabatnya telah menjadi mangsa kecurian motosikal. Asalamualaikum. Minta jasa sahabat sahabat saya di FB, share posting saya untuk mencari motor sahabat saya yang hilang…. Posted by Noor Syahirah on Wednesday, 18 November 2020 Lebih malang, motosikal jenis KTM 200 Duke tersebut hilang meskipun hanya…
Minggu lalu, tular beberapa gambar memaparkan KTM 390 Adventure sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Gambar tersebut jelas menampakkan susuk 390 Adventure, yang telah pun dilancarkan di pasaran antarabangsa sebelum ini. Bagaimanapun, jentera tersebut sah bakal hampiri pelancaran di Malaysia tatkala beberapa pengedar rasmi KTM di sini telah pun membuka tempahan bagi motosikal ‘adventure’…
KTM 250 Adventure akhirnya didedahkan di India selepas berbulan khabar angin termasuk imej intipan berlegar beberapa bulan lalu. Jenama motosikal Austria itu sebenarnya merancang untuk memperkenalkan 250 Adventure pada suku pertama tahun ini namun membatalkan hasrat susulan pandemik Covid-19. Sebaliknya, Bajaj-KTM hanya sempat melancarkan Husqvarna Svartpilen dan Vitpilen 250 pada Februari. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru,…
KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya. Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini. Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure. Model tersebut walaupun belum dilancarkan…
Tiada angin, tiada ribut, KTM melancarkan KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally. Selepas memperkenalkan KTM 890 Duke R tahun lalu, pengeluar motosikal Austria itu kini memperkenalkan versi ADV menerusi 890 Adventure R dan Rally. Kedua-dua model ini merupakan generasi baharu yang terbit daripada model sebelumnya, 790 Adventure yang diperkenalkan dua tahun lalu….
Kerjasama CFMoto bersama KTM mula membuahkan hasil apabila memperkenalkan 1250RT-G di China International Motorcycle Exhibition (CIMA) 2020. Muncul julung kalinya sebelum ini sebagai jentera khas milik pihak polis negara itu, CFMoto akhirnya perkenalkan 1250RT-G untuk orang awam. Motosikal segmen ‘grand tourer’ ini merupakan jentera paling berkuasa ditawarkan CFMoto hasil bantuan enjin KTM LC-8 1,279cc yang…