Trick Star Lancar Kit Turbo Kawasaki Ninja ZX-25R – Kuasa Naik 100HP!

Kawasaki Ninja ZX-25R kini menjadi motosikal 250cc paling berkuasa sejak dilancarkan di Indonesia, dua tahun lalu. Manakan tidak, enjin empat silinder 249.8cc DOHC, 4-valve dengan penyejukan cecair itu mampu menghasilkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm. Dengan enjin yang mampu ‘rev’ sehingga 17,000rpm, ZX-25R ternyata tiada lawan yang setaraf. Jentera suku liter dari Kawasaki…

Kawasaki Rancang Bangunkan ZX-4R Dengan Enjin 4-Inline?

Walaupun pasaran Malaysia masih kempunan namun sejak Kawasaki melancarkan ZX-25R, motosikal itu bingkas mencuri tumpuan terutamaya di pasaran negara jiran hasil penggunaan enjin 4-inline meskipun bersesaran 250cc. Bagi meneruskan kesinambungan itu, timbul khabar angin yang mendakwa Kawasaki merancang untuk membangunkan versi ZX-4R dengan enjin 4-inline. Menurut laporan Young Machine, perkara itu akan dicapai dengan membesarkan…

Kawasaki ZX-25R Versi Naked, Z-25R 2021?

Meskipun Kawasaki Indonesia baharu sahaja melancarkan ZX-25R bulan lalu namun sudah ada ura-ura terdapat versi naked yang akan diperkenalkan. Perkara itu didedahkan rakan media di Indonesia, Iwanbanaran.com yang melaporkan terdapat imej sebuah jentera naked Kawasaki yang didakwa Z-25R tular di negara jiran itu. Siapa yang tidak teruja sekiranya enjin 250cc 4-silinder itu akan diperkenalkan dalam…

Kawasaki ZX-25R Dipasarkan Di Filipina – RM35,231

Seluruh dunia terutamanya pasaran Asia Tenggara ternanti-nanti kedatangan Kawasaki ZX-25R sejak dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini. Antara negara yang telah pun disahkan menerima model tersebut adalah Thailand yang ditawarkan pada harga sekitar RM36,450. New Zealand turut bakal menerima model tersebut yang ditawarkan pada NZD15,999 (RM44,000). Kini, Filipina muncul sebuah lagi negara Asia Tenggara yang dilaporkan…

Kawasaki ZX-25R Dilancarkan Di Indonesia – Dari RM28,000!

Setelah beberapa tahun khabar angin mengenai kelahiran semula jentera 250cc 4-silinder daripada Kawasaki, pengeluar motosikal Jepun itu akhirya melancarkan ZX-25R dengan rasminya di Indonesia. Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Kini segalanya terjawab apabila Kawasaki Indonesia melancarkan ZX-25R dengan memperkenalkan…

Kawasaki ZX-25R, Ekzos Yoshimura Seakan Gandingan Orkestra Menjadi!

Teringat lagi bila Metallica digandingkan dengan San Francisco Symphony Orchestra, gabungan tersebut menghasilkan melodi yang cukup gah. Kini melodi menjadi turut didengarkan 14,220 kilometer dari California, menerusi Kawasaki Indonesia. Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki Indonesia sering memuat naik beberapa video berkaitan Kawasaki ZX-25R di laman YouTube. Bagaimanapun, video terbaru paling mencuri tumpuan apabila jentera…

Layan Kesyahduan Empat Dapur Kawasaki ZX-25R Di Atas Dyno!

Sejak Kawasaki ZX-25R diperkenalkan, rata-rata peminat motosikal dunia tak mampu duduk diam. Enjin 250cc 4-silinder itu bingkas mencuri tumpuan tatkala menawarkan sesuatu yang berlainan berbanding jentera 250cc yang ada dalam pasarana ketika ini. Baru-baru ini, Kawasaki berkongsi video yang memaparkan ZX-25R mencapai redline sekitar 17,000rpm sebelum pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Jonathan Rea dan Alex…

Kawasaki ZX-25R: Pasaran Indonesia Terima Tempahan April Ini!

Jentera yang paling mencuri tumpuan sejak tahun lalu, Kawasaki ZX-25R akhirnya bakal menerima tempahan bermula April ini bagi pasaran Indonesia. Jentera tersebut pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan di Kawasaki Bike 2020 pada 4 April namun dibatalkan gara-gara Covid-19. Bagaimanapun, penerimaan tempahan tetap diteruskan dengan jentera tersebut akan ditayangkan di Kawasaki Indonesia pada tarikh sama. Pengesahan…

Kawasaki ZX-25R Akan Dilancarkan Di Indonesia April Ini?

  Menerusi perkongsian terbaru di Youtube Kawasaki Indonesia, video teaser tersebut memaparkan model yang dinantikan, Kawasaki ZX-25R yang akan ditayangkan di Kawasaki Bike Week pada 4 April ini. https://www.youtube.com/watch?v=NqBsfOC97xM Sejak dipertontonkan kepada dunia pada Oktober tahun lalu, Kawasaki masih lagi tidak mendedahkan spesifikasi dan kuasa yang mampu dihasilkan enjin 250cc 4-inline itu. Lantas, terdapat desas-desus…