Kawasaki ZX-25R Dipasarkan Di Filipina – RM35,231

Advertisements

Seluruh dunia terutamanya pasaran Asia Tenggara ternanti-nanti kedatangan Kawasaki ZX-25R sejak dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

Antara negara yang telah pun disahkan menerima model tersebut adalah Thailand yang ditawarkan pada harga sekitar RM36,450.

New Zealand turut bakal menerima model tersebut yang ditawarkan pada NZD15,999 (RM44,000).

Kini, Filipina muncul sebuah lagi negara Asia Tenggara yang dilaporkan bakal menerima tawaran baharu daripada Kawasaki itu dengan harga PHP410,000 (RM35,231).

Kawasaki ZX-25R merupakan jentera sportsbike 250cc 4-inline yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm.

Bagaimanapun, penunggang motosikal di Filipina tidak dapat merasai kemampuan sepenuhnya ZX-25R – melainkan memasuki litar – tatkala peraturan negara itu tidak membenarkan jentera bawah 400cc memasuki lebuhraya.

Ketika ini, pasaran Malaysia masih berputih mata tatkala belum ada sebarang info bila model ini akan dipasarakan dan oleh siapa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.