Khabar angin telah tersebar di atas talian tentang kemungkinan kemunculan Honda CBR1000RR 2019 serba baru yang akan menggunakan enjin V4. Majalah Jepun, Young Machine, baru-baru ini telah mengeluarkan satu imej yang dihasilkan yang menunjukkan satu rekabentuk bagi superbike Honda yang mungkin akan dikeluarkan itu. Honda berpengalaman luas dalam tatarajah enjin V4 dan model CBR1000RR…
Tag: honda
Salah sebuah kelab pemilik Honda RS150R Selangor, Gombaking, telah menganjurkan tunggangan Gombaking Ride Silaturrahim ke Perak semalam. Lebih daripada 130 orang pemilik motosikal Honda RS150R dari Selangor dan Perak telah berhimpun di Ngee Fatt Motors Enterprise Sdn. Bhd. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara pemilik Honda RS150R dari negeri-negeri berbeza di Malaysia.
Marc VDS kini sedang dalam proses memilih di antara Yamaha atau Suzuki sebagai pembekal utama jentera mereka bagi siri perlumbaan MotoGP musim 2019. Perpindahan ini telah bertitik tolak dari keputusan pasukan Tech 3 yang telah mengesahkan perpindahan mereka ke KTM pada musim hadapan. Kedua-dua pengilang Yamaha dan Suzuki sedang menimbangkan untuk mewujudkan pasukan satelit bagi…
Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018. Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade. Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.
Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan harga rasmi untuk Honda X-ADV dan Honda Africa Twin 2018 bagi pasaran Malaysia. Pengumuman ini telah dibuat bersempena dengan pelancaran Malaysia Autoshow 2018. Honda X-ADV 2018 telah ditetapkan harganya dari RM57,999 manakala bagi Africa Twin pula bermula dari RM69,999 (harga asas tidak termasuk GST).
Pasukan Padgett Honda kini dalam usaha mencari pelumba bagi mengemudi jentera Honda RC213V-S mereka untuk Isle of Man TT tahun ini. Penunggang semasa mereka, Bruce Anstey, terpaksa menarik diri dari ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini akibat kanser. Pasukan itu telah menyatakan bahawa jentera Honda RC213V-S akan tetap membuat kemunculan pada perlumbaan TT…
Motosikal Honda CBR1000RRW 2018 telah diperkenalkan sebagai jentera pertandingan bagi perlumbaan ketahanan “Suzuka 8-hours” tahun ini. Motosikal ini akan dikendalikan oleh pasukan pengilang HRC bagi menyaingi Yamaha yang telah mendominasi arena ini. Takumi Takahashi, bersama dengan dua lagi penunggang pasukan Honda yang lain dari MotoGP dan WorldSBK akan mengemudi jentera ini pada penghujung bulan Julai…
Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018. Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.