Tambahan Masa 5 Saat Menafikan Kemenangan Sulung Vettel

Lewis Hamilton muncul pemenang di GP Kanada sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam perebutan kejuaraan selepas tambahan masa lima saat menafikan kemenangan sulung Sebastian Vettel musim ini. Saat penentu tersebut berlaku di pusingan ke-48 apabila Vettel – yang sedang mendahului perlumbaan – tersasar daripada litar di selekoh keempat sebelum bingkas kembali sertai perlumbaan dengan merentasi permukaan berumput….