MotoGP: Bagnaia Bangkit Menang Di Assen, Quartararo Dua Kali Kecundang

Francesco Bagnaia menghadiahkan kemenangan pertama Ducati di GP Belanda selepas mengungguli perlumbaan sejak di lap pertama. Ini merupakan kemenangan pertama Ducati di GP Belanda selepas Casey Stoner pelumba terakhir melakukannya pada 2008. Bagnaia mempamerkan tunggangan agresif sebaik perlumbaan bermula dengan insiden kejar mengejar antara Aleix Espargaro dan Fabio Quartararo membuka ruang untuknya memecut laju. Bagaimanapun,…

Moto2: Patah Kaki Kemalangan Motocross, Pedro Acosta Terlepas Aksi GP Belanda

Pelumba Moto2, Pedro Acosta tidak akan beraksi di GP Belanda hujung minggu ini di Litar Assen selepas mengalami kecederaan patah kaki. Perkara itu disahkan pasukan Red Bull KTM Ajo yang menjelaskan bahawa Acosta mengalami patah tulang femur kiri dan akan menjalani pembedahan pada Rabu. Menurut laporan, pelumba berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan tersebut ketika…